10 Juta Penonton CAIR dengan Elvin Romeo aka Roger Buang

 10 Juta Penonton CAIR dengan Elvin Romeo aka Roger Buang

Untuk 10 juta penonton pemuda ini digelar sebagai Roger Buang, apa tidaknya viral pada tahun 2019 bila Elvin Romeo memainkan watak pelajar dari Sabah yang berjauhan dari keluarga dimana dia terpaksa menempuh cabaran untuk menyesuaikan diri di tempat orang. Kisah Roger ini ialah untuk iklan Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang berjaya menambat hati para penonton di seluruh Malaysia. Tapi! untuk mereka yang mengikuti perkembangan media kreatif di Sabah. Nama Elvin romeo bukanlah satu nama yang asing lagi.

Menarik bila kita ikut perkembangan bintang baru ini dari seorang content creator Youtube, sehingga pernah menjadi penyampai radio untuk KK12FM, menjadi pelakon utama untuk iklan Petronas sehinggalah dia ditawarkan menjadi artis rakaman dari SONY! iya! Elvin juga adalah seorang penyanyi, telah pun mengeluarkan beberapa lagu yang boleh ditonton di Channel youtube beliau di Elvin Romeo (Klik sini).

Mari kita kenal dengan lebih dalam lagi pemuda berbakat besar ini menerusi temubual kami besama Elvin.

Nama Penuh dan Umur?

Elvin Romeo, Ben, 23

Berasal dari?

Ranau, Sabah

Telah memulakan kareer pada?

Sept 2016

Kosong Kosong – Elvin Romeo

Apakah pencapaian anda setakat ini?

Dapat main act/role for Roger buang in Petronas Webfilm Merdeka 2019, ada a few cameo juga la di deepavali and New year. Featured and invited in jinnyboy’s video and podcast, getting the 100k silver plaque. 

Siapa Idola ataupun Inspirasi?


Tiada inspirasi ataupun idola. Kalau setakat suka tengok is, KSI, pewdiepie, h3h3, idubzz, logan paul, Kupi Kupi GO 🙈, Emy sherlyn(sabahan youtuber), Marko, davie504, ten hundred, vexx.


Apakah cabaran yang pernah dihadapi?

1. Dulu Tidak kena percaya or support oleh orang yang terdekat sendiri. (Keluarga, kawan2, etc). Kena cakap teda masa depan. Buang masa. Kena suruh cari kerja lain. Kalau sekarang , for now okayla.

2. Equipments dulu guna apa yang ada sja, phone sja. laptop tiada. Edit di phone. Tripod dulu pun tiada, so gam phone tu di kayu penyapu ataupun gam di almari. Dulu edit di phone pun payah, lagi2 kalau video tu panjang lepas tu lag terus crash. And then i got my first very own laptop, abang bagi. Laptop satu malaysia. And also bought my first dslr camera yang till this day saya masi guna. Tapi laptop tidak dapat angkat footage camera sebab telampau besar. So paksa edit video dalam tu laptop walapun lagging teruk. Sementara save money untuk buy pc, guna la sja laptop tu sementara waktu.

Apakah pesanan anda kepada mereka yang mahu mengikut jejak langkah anda?


Kalau betul2 minat dengan ni bidang, teruskan. Jangan kisah apa orang cakap. Pegang kuat dengan kata2 dan semangat kamu. At some point, ada masa juga i feel like giving up and mau kerja buat benda lain, tapi saya sampai skg pegang with one word sja “prove them wrong” , itu sja. If you believe , you will achieve. I stick with my words. Tidak payah mau ada equipment yang canggih2. Start with what you have. Stop questioning and complaning, start doing. 

Perancangan pada masa hadapan?


8. Haha, bina rumah sendiri. Itu sja. Tiada rancangan lain. Just want to live a happy life 🙂

Ikuti perkembangan Elvin Romeo di –

YOUTUBE (KLIK) – https://www.youtube.com/user/crazypopperrko

FACEBOOK (KLIK) – https://www.facebook.com/elvinromeo/

INSTAGRAM (KLIK) – https://www.instagram.com/elvinbenben/

Related post