17 JANUARY 2021 – A BETTER TOMORROW BAND SHOWCASE (9PM)

 17 JANUARY 2021 – A BETTER TOMORROW BAND SHOWCASE (9PM)

A Better Tomorrow Band Showcase adalah sebuah platform pemuzik khususnya untuk lokal band Sabah. Seramai lebih 10 independen band akan mempersembahkan lagu baharu (unrelease) dan beraksi dalam siaran rakaman live di Youtube dan Facebook.

Sebanyak 3 band akan beraksi dalam band showcase pada hari ahad ini iaitu BOIL, ON OUR OWN, dan METEORCRATES. Mari kita menyokong lokal band dari Sabah dengan bersama-sama menonton persembahan mereka pada jam 9 malam hari Ahad ini bersamaan 17 Januari 2021. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang A Better Tomorrow Band Showcase di laman sosial mereka.

Sebelum itu, mari kita kenal lebih dalam lagi dengan lokal band yang akan beraksi pada 17 Januari ini iaitu BOIL, ON OUR OWN dan METEORCRATES melalui temubual(online) kami bersama mereka.  

BOIL

BOIL

1. Nama Band, nama komersial dan dari tahun bila ditubuhkan?

BOIL – Ditubuhkan pada tahun 1996.

2. Nama ahli-ahli band, Berasal dari mana, Umur? (Nama) – (Asal) – (Umur)

i) Bartholomew (Mew) – Vokal dan gitar utama

                   – Asal dari Papar dan menetap di Donggongon,

                    – Penampang.

                   – 47 tahun

ii) Eric – Gitar bass dab vokal kedua

     – Asal dari Papar dan menetap di Putatan.

iii) Boniface (Baba) – Drums

                – Asal dari Tenom

                – 29 tahun

3. Pengenalan & Sejarah tentang band? (Description)

BOIL adalah kumpulan Post-Grunge / Heavy-Grunge yang dimulakan pada tahun 1996 oleh Mew, Eric & Alvin (ahli Asal), semua berasal dari Papar. Nama BOIL dicadangkan oleh Eric dan dipersetujui oleh semua ahli yang mendorong kami untuk mencipta kebanyakan lagu-lagu kami dengan konsep ini, iaitu konsep “Calm to Heavy”, seperti mengubah cecair menjadi wap apabila cukup haba digunakan. Konsep ini tetap menjadi asas bagaimana kami membuat lagu sehingga ke hari ini.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

2019 (2hb/Nov) – Bintulu Riot Gig (Bintulu, Sarawak)

2019 (20hb/Okt) – Festi-Grunge’19 (Kota Kinabalu, Sabah)

2019 (19hb/Okt – Rockneo’19 (Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, Sabah)

2019 (28hb/Jul) – Isolated Gig Volume 2 (Bintulu, Sarawak)

2019 (29hb/Jun) – Nexus Beach Run After Party Concert (Nexus Resort & Spa Karambunai, Sabah)

2019 (18hb/Mei) – KDCA Booth 31 Live Band (KDCA, Penampang, Sabah)

2019 (27hb/Apr) – Emmett I – Malayafornia Borneo Tour 2019 (Blackbox Theatre 1, Suria Sabah, Kota Kinabalu, Sabah)

2019 (7hb/Apr) – One of the Opening Acts for Tipe-X Live in Sandakan Concert (Padang Bandaran Sandakan, Sabah)

2018 (23hb/Sep) – Rockneo’19 (Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, Sabah)

2018 (20hb/Jan) – Noise of Borneo (Borneo 744 Kuching, Sarawak)

2017 (9hb/Dis) – One of the Opening Acts for Booze & Glory Live in Malaysia – Progig Borneo’17 (Bangunan Persatuan Foo Chow Kota Kinabalu, Sabah)

2017 (24th/Nov) – 3rd International Tattoo Convention After Party (Shenanigans Fun Pub Kota Kinabalu, Sabah)

2017 (6-7hb/Oct) – Rocktoberfest Borneo (Beachfront, Parkcity Everly Hotel Miri, Sarawak)

Dan lain-lain:

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=209741222383942&set=a.2063723000319079

5. Inspirasi dan idola?

BOIL ditubuhkan dengan pengaruh muzik Nirvana (Grunge). Namun seiring dengan perubahan zaman, banyak genre telah berkembang dan kami berminat dalam genre ‘heavy’, pada masa yang sama kami masih mengekalkan kesederhanaan Grunge muzik kami, oleh itu hari ini kami membawa Heavy Grunge. Setiap ahli mempunyai pengaruh yang berbeza dan hasil gabungan inilah yang menentukan ‘sound’ dalam muzik BOIL.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Cabaran yang pernah dilalui oelh BOIL.. malah kami percaya dilalui oleh kebanyakan band lain adalah mengekalkan komitmen yang tinggi dari setiap ahli band, perlu adanya perancangan yang rapi untuk keseimbangan dari segi pekerjaan, keluarga dan hal-hal peribadi. Selain dari itu, cabaran yang sedang dihadapi adalah kesukaran untuk membuat persembahan terbuka yang disebabkan oleh PKP COVID-19 yang masih berterusan sehingga kini.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Pesanan kami untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang kami ceburi sekarang adalah pastikan mereka mempunyai minat yang tinggi dalam muzik, rajin berlatih secara individu atau berkumpulan (jamming), berbincang dan berkongsi ilmu dengan semua ahli band.

8. Perancangan masa depan?

Kami berharap dapat membuat persembahan di arena yang lebih besar ataupun di luar negara, menghasilkan lebih banyak ‘Single’ ataupun ‘Album’ dan membuat lebih banyak ‘Music Video’.

9. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang band anda? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Untuk mengetahui BOIL secara lanjut, sila layari:

Facebook Page:

https://www.facebook.com/BOIL-Beyond-Our-Imagined-Lives-209741222383942

Instagram:

https://www.instagram.com/kkboilofficial/

Youtube Channel:

https://www.youtube.com/c/BOILKK

ReverbNation:

SoundCloud:

MySpace:

https://myspace.com/kkboil

Twitter:

10. Info tambahan?

Ya, kami suka Nirvana.. Nirvana mendorong kami membentuk band Post-grunge, sekarang kami lebih gemar memainkan muzik kami sendiri.

ON OUR OWN

ON OUR OWN

1. Nama Band, nama komersial dan dari tahun bila ditubuhkan?

On Our Øwn@Triple Ø , 2018

2. Nama ahli-ahli band, Berasal dari mana, Umur? (Nama) – (Asal) – (Umur)

– 1st guitarist – Momond ( Penampang)

– 2nd guitarist – Chet (Penampang)

– Bassist   – Jayum ( Penampang)

– Drummer – Nando (Inanam)    

3. Pengenalan & Sejarah tentang band? (Description)

Band ini ditubuhkan pada sekitar 2017-2018 dan kami memperjuangkan genre POST/ROCK instrumental . Genre ini tidak banyak wujudnya di Sabah khususnya Kota Kinabalu sendiri.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

 – Release 1st ep live rec 2018

 – Perform di Biru-biru cafe (Sep 2018)

 – Perform di Anak Momogun Cafe, kudat  (Sep 2018)

 – Festival Bunga Kinabalu Kundasang Culture Village (Dec 2018)

 – Perform di rock the village Roadside Cafe        (April 2018)

 – Perform di Rimba Music Fest, lokawi     (Dec 2019)

 – Perform di North Borneo Rainforest, Muzium Sabah (Nov 2019)

 – Perform di SAC3 “A Better Tomorrow Band Showcase” (Jan 2021)

5. Inspirasi dan idola?

–  Inspirative (Thailand)

–  The Daysleepeers (NY)

–  Wing of isaang (Korea)

–  Hammock (U.S)

–  Arajua (Singapore)

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Cabaran2 yang pernah kami hadapi adalah pencarian gitaris (sessionist) atau drummer (sessionist) di mana, ia menyebabkan kami mengambil masa yang lama dalam mencari pengganti untuk menjalankan dan mengaktifkan band kami. Dan semenjak pandemic Covid-19 tahun lalu (2020), undangan2 persembahan ditangguhkan atau dibatalkan dan banyak lagi.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Don’t Give Up! Spread The Music That You Make…and Keep Rockin.

8. Perancangan masa depan?

Perancangan kami di Masa depan adalah menghasilkan lagu sebanyak mungkin dan bermain bersama band idola2/inpirasi kami.

9. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang band anda? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Untuk mengetahui secara lanjut tentang band kami, boleh follow On Our Own di media sosial kami.

Facebook – https://www.facebook.com/onourownoffcial

Instagram – @onourownband

Youtube – https://www.youtube.com/channel/UC5VpcfG_za6TtoRBiUYGjEQ

10. Info tambahan?

Jika ada sebarang pertanyaan tentang band kami, bolehlah hubungi admin kami di: Emel : onourownband2017@gmail.com

METEORCRATES

METEORCRATES

1. Nama Band, nama komersial dan dari tahun bila ditubuhkan?

Meteor crates form in the year 2000

The Mahakarya form in 2016( side band project)

2. Nama ahli-ahli band, Berasal dari mana, Umur? (Nama) – (Asal) – (Umur)

Boy sunny from putatan 37 (male vox, founder, lyricist, composer and 2nd guitar)

Carrol from putatan 36 (lyricist dan female vox)

Hostenegger@nix from kinarut 17(Drummer, bassist and scream@backing vocal

Wan Rozlan Wan Yahya@wan from petagas 36 (lead guitar)

Datu Mawallil Datu mezander@mayu from kudat 32(bassist)

3. Pengenalan & Sejarah tentang band? (Description)

Sebelum meteor crates tertubuh kami bermain musik dengan nama fallen moment bersama ahjit. Jamming dan join battle pada masa itu. Bermula secara official dengan nama meteor crates pada tahun 2000 dengan bermain gig gig sekitar bandar kota kinabalu.Ug base Ground dulu di dewan masyarakat. Banyak band band ug bermula divenue Ini dulu. Disinilah mulanya belajar perform distage underground. Mula menulis lagu lagu sendiri dan banyak juga cover lagu lagu dari band nirvana, silverchair dan foo fighter. Berexperimentasi juga dengan band band seperti muse, The vines selepas banyak band band eropah yang memberi vibe serta influence yang baru. Kami juga mula berjinak jinak dengan music jazz dengan kehadiran line up baru. Saya mula focus dalam penulisan lyrics dan menggubah lagu sendiri dibantu oleh line up lama dan baru. Banyak lagu lagu dari line up yang lain juga kami bawakan setiap kali perform. Kebanyakkan lagu lagu yang kami perform adalah ciptaan saya sendiri seperti heyholetsrock, Dunia kecilku, bagaikan raja, legasi dan between the lights. Kebanyakkan lagu ini ada sentuhan dari line up lama azrael

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Showcase dan festival yang pernah kami terlibat :

Meteor crates Manila, philipines Tour 2015

Meteor crates kuala Lumpur Across The Great divide Tour 2017

Rimba acoustic jazz night 2010 Bandwidth

My Story 5 2016 hosted by Jonathan tse

Rimba music festival 2019 Bmst

Jungle music fest 2015

Jazz fest fringe 2019

Crocker Range festival 2017

Samuafest 2019

Santai mooda moodi 2018

Tuaran Youth town Kk cities 1malaysia(on9fm)

Baazar music fest 2019

Voice out 2013

Voice out 2014

Voice out 2015

Splash kk 2014

Splash kk 2015

Kustom kulture 2019

Hosting open mic malaysia event birubiru open mic since year 2015 to 2019

Rockfest series jesselton point and ice bar.

5. Inspirasi dan idola?

Bagi saya idola saya ada banyak to name a few memanglah kurt cobain, daniel john dan dave grohl. Saya mula belajar main musik bawah kulung selepas mendengar lagu lagu mereka dan menonton live live mereka. But after that so many inspiration and idol come. Musik berevolusi. Saya pun turut berevolusi bersama. Kami dalam meteor crates masing masing ada genre yang kami minat tapi once rehearsing kami cuba terapkan sikit genre yang kami minat ke dalam lagu yang saya tulis. So jadilah seperti lagu baru yang saya tulis untuk a better tomorrow showcase bertajuk “hopes and lights” jangan lupa tengok live youtube and facebook showcase ini nanti pada 17 january untuk slot Meteor crates, Boil dan On Our Own.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Masalah yang sering terjadi adalah pertukaran line up. Biasanya dari salah faham atau kekangan masa kerja so sering bertukar line up. Bila tukar line up kena cari keserasian semula dan everything start dari awal balik. Usually line up baru memang cepat catch up juga.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

8. Perancangan masa depan?

Mau try keluar album dengan 12 new and old songs combine. Just a future planning. If tidak pun keluar new single with a music video.

9. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang band anda? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Meteor crates facebook page, The Mahakarya dan meteor crates share instagram, meteor crates ada channel diyoutube dan kami juga ada dibeberapa media social yang lain seperti reverbnation dan soundcloud. Can find also article about us at sabahsongs.com or just google meteor crates always can reach us there..

10. Info tambahan?

Dont forget to subscribe to our youtube channel meteor crates dan jangan lupa saksikan kami di showcase a better tomorrow pada 17 january.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *