Apa itu GOOGLE ADSENSE?

 Apa itu GOOGLE ADSENSE?

Google Adsense adalah sebuah syarikat pengiklanan milik Google. Mereka bertanggungjawab untuk mencari pengiklan dan mereka/memantau sistem untuk meletakkan iklan dalam bentuk banner ataupun video di platform Google yang lain seperti di laman gelintar (web search) www.google.com, di laman website yang layak, ataupun di www.youtube.com, melalui applikasi android melalui sebuah lagi kumpulan dikenali sebagai admob.

Itulah peranan Google Adsense, kita boleh lihat mereka ini sebagai sebuah agency peniklanan khas untuk Google. Membawa kita ke persoalan seterusnya, macamana kita boleh menjana pendapatan dari Google Adsense.

Jawapannya, samaada dari mereka website dan meletakkan banner iklan, dengan membuat konten di Youtube, ataupun meletakkan banner di applikasi. Dan semestinya ada syarat syarat tertentu yang perlu kita penuhi sebelum menjadi pengiklan, itu kita akan bincangkan di dalam artikel yang lain.

Namun begitu jangan salah anggap, Google adsense juga adalah tempat di mana para pemilik perniagaan untuk menggunakan platform Google dan memasarkan produk mereka. Yang itu macmana pula?! itu pun kita akan bincangkan di artikel seterusnya.

Banyak lagi artikel tips dan trik menarik tentang menggunakan social media untuk menjana pendapatan akan ditulis pada masa hadapan pastikan anda follow kami di social media untuk mendapatkan update terkini!

Related post