ARUN TONSOM – SIAPA ARUN TONSOM SEBENARNYA?

 ARUN TONSOM – SIAPA ARUN TONSOM SEBENARNYA?

Ramai yang tertanya-tanya apa dan siapa sebenarnya Arun Tonsom yang sering mengongsikan video bersama rakan-rakannya di YouTube. Arun Tonsom merupakan nama komersial Aeron Manzes yang berasal dari Kota Marudu, Sabah. Dia mula berkecimpung dalam dunia YouTuber sejak dari umur 15 tahun lagi. Apabila ditanya mengenai laman YouTubenya, dia mengatakan bahawa video-video di YouTubenya untuk enjoy-enjoy saja dan untuk menghiburkan pengguna YouTube.

Kisah Arun Tonsom yang bergiat aktif dalam membuat video sejak dari sekolah menengah harus dicontohi oleh belia-belia muda kerana dengan membuat video, kita bukan sahaja dapat menginspirasikan orang lain serta menghiburkan pengguna laman sosial tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita.

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Arun Tonsom melalui temubual (online) kami bersama mereka.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Nama penuh saya adalah Aeron Manzes, nama komersial ialah ArunTonsom, dan Umur saya adalah 22 tahun lahir pada 20/08/1998.

2. Berasal dari mana?

Saya berasal daripada Kota Marudu, Sabah.

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

Saya bermula berjinak-jinak dengan bidang membuat video menarik ketika saya berumur 15 tahun iaitu Tingkatan 3 di sekolah SMK tandek 2013. Video-video tersebut boleh dicari di facebook saya iaitu Aeron Ron. Saya mula membuat akaun Youtube pada 2017 iaitu Wilderness Sikil tetapi saya mengubanya menjadi ArunTonsom. Di situlah bermulanya perjalanan channel ArunTonsom.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Mendapat 100k subscriber dan mendapat silver play button.

5. Inspirasi dan idola?

Inspirasi terbesar saya ialan daripada channel PewDiePie dan juga MrBeast.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Antara cabaran yang dihadapi ialah, cabaran mencari content yang padan dengan youtube algoritma semasa.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Mengikut pengalaman kami, buat content yang padan dengan youtube algoritma semasa. Mengkaji youtube algoritma Malaysia. Selebihnya, enjoy saja apa yang kamu buat.

8. Perancangan masa depan anda?

Kawin dan Bahagia

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

Buat merchandeis Geng Tonsom

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Di youtube ArunTonsom

Related post

2 Comments

  • kieee aah aramitii

  • It’s wave for you guys.. GOOD CONTENT..GOD BLESS YOU ALL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *