BEDROOM RECORDS – INDIE ALTERNATIVE-ROCK VIBE

 BEDROOM RECORDS – INDIE ALTERNATIVE-ROCK VIBE

Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai penduduk yang sangat berbakat dalam bidang muzik tetapi masih ramai yang tidak mengenali lokal band dari Sabah seperti Bedroom Records. Bedroom Records merupakan sebuah band yang ditubuhkan pada tahun 2017 dengan 4 orang ahli yang aktif. Band ini berpusat di Keningau dan juga Kota Kinabalu, Sabah. Genre utama mereka adalah alternatif-rock untuk menghiburkan para pendengar mereka.

Kita juga boleh melihat beberapa lagu yang telah dicipta oleh mereka di YouTube bedroomrecordsMY seperti lagu Seeing is Believing, Transition, Nature dan Coming Down. Lagu-lagu yang mereka cipta kebanyakannya berkisar tentang kehidupan manusia. Mari kita sama-sama menyokong band ini dengan memberikan Like, Subscribe dan Share di mana-mana platform sosial media mereka untuk menaikkan lagi industri muzik di negeri Sabah.

https://www.youtube.com/watch?v=LGSMpcWKF5o

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Bedroom Records melalui temubual(online) kami bersama mereka.

1. Nama Band, nama komersial dan dari tahun bila ditubuhkan?

Bedroom Records,2017

2. Nama ahli-ahli band, Berasal dari mana, Umur? (Nama) – (Asal) – (Umur)

official member

Kachong,27(vocalist)

Jojo,26(Lead Guitarist)

Alden,25(rhythm)

los,25(drummer)

3. Pengenalan & Sejarah tentang band? (Description)

Bedroom Records @ Bilik Rakam adalah kugiran yang berasal dari Keningau, Sabah. Membawa genre Indie alternative rock. Bedroom Records diinspirasikan daripada simbolik terhadap penciptaan musik di dalam satu kamar yang asing, jauh dari mata dunia dan alien di telinga pendengar. Musik yang dihidangkan adalah hasil dari gabungan antara indie, alternative rock, dream pop, dan punk. Lagu – lagu yang disajikan banyak berkisar tentang kehidupan manusia serta kritikan kepada komuniti dunia di dalam bentuk abstrak.

band ini pada mula nya merupakan band projek yang ditubuhkan untuk memuaskan nafsu musik di bilik jamming. Namun, setelah Rilisan pertama Bedroom Records (Seeing is believing, https://www.youtube.com/watch?v=LGSMpcWKF5o) di paparkan di mata umum, band ini mendapat sambutan yang hangat daripada rakan-rakan seperjuangan, membuatkan Band ini mula bergerak

 dengan serius.

single terbaru daripada Bedroom Records-transition(https://www.youtube.com/watch?v=0Nbx9Q9lrIk) merupakan lagu pertama selepas 4 tahun lagu seeing is believing di terbitkan. Transition boleh di dapati di semua digital platform, youtube, spotify dan sebagainya.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

5. Inspirasi dan idola?

no one in particular. the whole breathing universe is our inspiration.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

1.pandemik, menghalang band untuk perform live di gig -gig.

2. komitmen kerja di tempat yang berbeza serta kekangan masa ..

jojo(Lahad Datu), kachong(Kota Kinabalu), alden(Kota Kinabalu), los(Kota Kinabalu).

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

bebaskan idea anda dari penjara minda. persetankan negativiti yang ada. just release the kraken from it’s cage. dont give up and dont give in.

Buat dulu,fikir kemudian. just start.

8. Perancangan masa depan?

1st album completion

album name: Force Identity

9. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang band anda? (Social Media, Web, Youtube etc.)

facebook: https://web.facebook.com/BilikRakam

instagram: https://www.instagram.com/bedroomrecordsmy/

soundcloud: https://soundcloud.com/user-245742931

youtube: https://www.youtube.com/watch?v=0Nbx9Q9lrIk

10. Info tambahan?

Related post