Buat Duit Dari Facebook – Ini Caranya #1

 Buat Duit Dari Facebook – Ini Caranya #1

Tahukah anda yang Facebook juga menawarkan platform untuk menjana pendapatan! walaupun banyak kaedah macamana untuk menjana pendapatan dari Facebook. Tapi untuk artikel kali ini kita hanya akan membincangkan dua cara iaitu

  • In Ad Stream
  • Live Streaming

In Ad Stream

Konsep In Ad Stream ini sama juga dengan konsep menjana pendapatan dari Youtube, untuk page page yang layak akan diletakkan iklan dalam bentuk video samaada sebelum, di tengah tengah ataupun di hujung video sesebuah page. Pembayaran terpulang kepada jumlah tontonan iklan tersebut. Selalunya In Ad Stream ini untuk laman Facebook yang mempunyai ramai pengikut sahaja. Dan page tersebut harus memenuhi syarat minumim supaya In Ad Stream diletakkan di dalam video mereka. Namun begitu ini bukanlah satu satunya kaedah untuk menjana pendapatan Ada satu kaedah lagi yang lebih effectif iaitu Live Streaming.

Live Streaming

Cara yang paling popular untuk menjana pendapatan melalui Facebook sekarang! iaitu Live Streaming. Seseorang itu perlu untuk bersiaran secara langsung, samaada bermain game, memasak, menari, menyanyi atau sebagainya. Penonton boleh membeli apa yang dikenali sebagai Star. Untuk membeli star mereka perlu membeli secara atas talian. Dan mereka kemudian akan menggunakan Star yang dibeli tadi untuk diberikan kepada streamer kegemaran mereka, ini digelar sebagai ‘Donation’ diterjemahkan menjadi sumbangan. Nilai Star ini, 10000 star bersamaan dengan 100 us dollar ataupun RM450.

Makin popular seseorang streamer itu, makin ramailah peminat yang akan menyumbang star yang kemudian boleh ditukar semula kepada wang ringgit.

Dan itulah secara ringkasnya bagaimana dengan dua kaedah ini seseorang itu boleh menjana pendapatan daripada Facebook! macam yang dinyatakan tadi sebenarnya banyak cara untuk menjana pendapatan dari Facebook. Contohnya membership ataupun menjadi Partner Streaming. Tapi itu kita akan rungkaikan di artikel yang akan datang.

Banyak lagi artikel tips dan trik menarik tentang menggunakan social media untuk menjana pendapatan akan ditulis pada masa hadapan pastikan anda follow kami di social media untuk mendapatkan update terkini!

Related post