Buat Duit Melalui Youtube – Ini Caranya #1

 Buat Duit Melalui Youtube – Ini Caranya #1

Rahsia bukan lagi rahsia, kita semua tahu yang kita boleh menjana pendapatan dari Youtube. Mitos yang anda dengar Youtuber menjadi jutawan bukan lagi mitos, itulah realitinya. Apa yang paling menarik semua orang berpeluang untuk mencuba nasib di Youtube. Bayangkan tidak perlu keluar dari rumah anda boleh menjada pendapatan dari 4 sehingga 5 angka! SIAPA YANG KASI?

Iya, ramai yang tahu ini memang fakta, ramai yang mahu mencuba tapi tidak tahu di mana hendak bermula. Di Creators.my kami akan berkongsi pelbagai artikel menarik tentang menjana pendapatan di Youtube. Kami akan berkongsi tips dan juga pengalaman daripada Youtuber Youtuber yang telahpun berjaya menjadikan ini sebagai kerjaya mereka.

Ryan Toys Review menjana pendapatan RM91 JUTA untuk tahun 2019 sahaja!

Ini adalah beberapa siri artikel yang akan membincangkan topik tentang menjana pendapatan dari youtube. Dan di siri pertama ini hanyalah pengenalan untuk merungkai dengan lebih dalam lagi topik ini.

Secara ringkasnya walaupun sekali dengar macam senang, kononnya semudah buat akaun Youtube dan upload video, dan dari setiap tontonan boleh menjana pendapatan. Tetapi ia tidaklah semudah itu. Untuk menjana pendapatan dari video video yang dimuatnaik memerlukan anda melepasi beberapa syarat syarat minimum. Tapi sebelum kita pergi ke syarat syarat minimum tersebut berikut adalah terma yang anda perlu kenal.

  • Monitization = Satu terma yang membawa maksud “boleh menjana pendapatan”
  • Monitized = Sesebuah video sudah boleh menjana pendapatan
  • Demonitized = Sesebuah video tidak boleh menjana pendapatan

Membawa kita kepada ‘Macamana boleh menjana pendapatan dari Youtube?’

Semuanya iklan! iklan! dan iklan! Di video yang telah di ‘Monitized’ akan ada iklan yang terpampang samaada dalam bentuk sebelum video bermula, ataupun dalam bentuk banner yang keluar di bahagian bawah video ataupun di sisi video. Setiap jenis iklan pula mempunyai nilai nilai yang berbeza. Tetapi itu secara ringkasnya, hari ini kita fokus kepada syarat minimum supaya channel dan video anda di Monitized.

PEWDIEPIE! Salah seorang Youtuber ‘Legend’ yang memulakan Youtube pada tahun 2011

Berikut adalah syarat syarat tersebut.

Untuk MEMOHON menjana pendapatan dari youtube anda perlu

  • Ada 4000 jam jumlah tontonan di seluruh video anda dalam masa 12 bulan
  • Youtube channel anda perlu ada sekurang kurangnya 1000 subscriber

Setelah anda dapat mencapai syarat minimum ini, barulah anda boleh memohon untuk channel anda diletakkan iklan. Di tahap ini Team Youtube akan mereview channel anda, kalau konten channel anda mengikut terma dan syarat yang youtube tetapkan maka channel anda boleh di Monitized. Selalunya tempoh review mengambil masa 2 minggu ke 1 bulan.

Tapi! kalau youtube channel anda melanggar terma dan syarat, maka rayuan anda akan ditolak.

Kita akan melihat lagi terma dan syarat youtube! tapi di artikel yang akan datang. Macam yang dinyatakan tadi ini hanyalah artikel pengenalan akan ada beberapa lagi siri artikel untuk mengajar anda bagaimana untuk memulakan menjana pendapatan dari Youtube! jadi pastikan anda follow social media kami untuk mendapatkan update yang terkini.

Banyak lagi artikel tips dan trik menarik tentang menggunakan social media untuk menjana pendapatan akan ditulis pada masa hadapan pastikan anda follow kami di social media untuk mendapatkan update terkini!

Related post