Cara Menukar Thumbnails

 Cara Menukar Thumbnails

Memang sudah tidak dinafikan bahawa kontent yang menarik dan kualiti video merupakan salah satu faktor utama yg membuatkan viewer tertarik untuk melihat video-video kita dan subscribe ke channel kita. Tapi tahukah apa yang menarik viewers untuk klik video anda sebelum viewers menjamah konten kita dan subscribe ke channel kita? THUMBNAILS.

Baiklah, saya perkenalkan serba sedikit tentang thumbnail bagi yang belum tahu. THUMBNAILS ialah Cover Hadapan bagi setiap video yang kita upload.

Setiap kali anda memuat naik video, youtube akan memilih Default Thumbnails Untuk Video Anda.

Sekiranya anda menggunakan henfon sebagai media untuk anda mengedit video. Anda boleh mengupload dan menukar THUMBNAIL video anda melalui applikasi YT STUDIO yang boleh dimuat turun melalui PLAY STORE bagi pengguna android, dan APP STORE untuk pengguna IOS.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.youtube.creator

Anda juga boleh memuat naik dan menukar thumbnail melalui BROWSER henfon anda dengan membuka lama youtube dalam bentuk DESKTOP VIEWS.

Tapi bagi saya sendiri, sy lebih menyarankan anda memuat naik melalui applikasi YT STUDIO kerana ianya jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan memuat naik melalui WEB BROWSER di HENFON.

Oleh sebab itu, hari ini sy akan kongsikan cara yg mudah untuk anda memuat naik dan menukar THUMBNAIL video anda menggunakan HENFON melalui aplikasi YT STUDIO.

CARA MEMUAT NAIK DAN MENUKAR THUMBNAIL MENGGUNAKAN APLIKASI YT STUDIO

1.Pilih applikasi YT Studio di HENFON anda.

2. PIlih video yang kamu mau tukar THUMBNAIL tu.

3. Pilih ikon edit

4.pilih ikon edit pada gambar. Rujuk gambar di bawah.

5.pilih “Change”

6.Pilih mana-gambar yang anda ingin gunakan (pastikan pilih gambar yang boleh menarik perhatian viewers)

7. Pilih select.

8. Dan yg terakhir sekali, Pilih “SAVE”.. SIAP!!!

Saya sarankan anda untuk mengedit terlebih dahulu gambar yang ingin jadi THUMBNAIL video anda sebelum anda memuat naik gambar tersebut. Pastikan gambar tersebut berkaitan dengan KONTEN Video anda, Gunakan gambar2 yang Beresolusikan High Quality (HQ), letak sedikit tulisan pada gambar tersebut untuk membuatkn viewers lebih tertarik untuk mengetahui isi kandungan video anda..

Baik lah, itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan Konten Creators yang baru berjinak2 mahupun yg sudah berpengalaman.

Baiklah itu saja daripada saya, jumpa anda di article yg akan datang.

Anda juga boleh mengikuti saya di

YOUTUBE https://www.youtube.com/c/DEEWON untuk tutorial berbentuk video dan video video yg lain.

Seee yaahh!!

Dee Won

Related post