COREHALAL – JUARA MARATHON (MYHACKATHON 2020) MENERIMA 250K !

 COREHALAL – JUARA MARATHON (MYHACKATHON 2020) MENERIMA 250K !

Pada bulan November lalu, satu pertandingan telah dianjurkan di Sabah iaitu MyHackathon 2020 secara online dengan mengambil tema Rakyat Produktif. Pertandingan anjuran Cradle Fund Sdn Bhd ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kategori Marathon dan Sprint.

Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada warga Sabah untuk mengemukakan cadangan solusi inovatif mereka terhadap cabaran dan permasalahan yang dihadapi di Sabah.

Kumpulan Bayu Pixel.
Pemenang Marathon Winner (RM250,000) yang memberi cadangan projek CoreHalal.

Bagi kategori Marathon, kumpulan Bayu Pixel yang diketuai oleh Lizawati @ Rosclaritha Maidom telah memenangi pertandingan tersebut dengan menerima hadiah bernilai RM250,000. Apa yang menarik tentang projek CoreHalal ialah Lizawati @ Rosclaritha Maidom dan rakan-rakannya memberi cadangan solusi digital terhadap pensijilan pengurus halal dan juru audit halal, pre-audit, pemantauan, lawatan lokasi dan post-audit.

Mari kita kenal lebih dalam lagi tentang CoreHalal melalui pertanyaan kami bersama team CoreHalal.

1. Nama produk/bisnes, nama komersial dan berapa tahun sudah?

CoreHalal, dijangka akan dilancarkan pada November 2021.

2. Perincian tentang produk/bisnes?

CoreHalal adalah sebuah Sistem Pengurusan Halal yang dibangunkan sebagai pemacu efisiensi dalam operasi industri halal. Ia memfokuskan kepada beberapa jenis pengguna iaitu pemohon kursus halal, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Juruaudit Halal. CoreHalal dibangunkan untuk menyelaraskan  aliran kerja industri halal melalui pemusatan proses permohonan pensijilan halal, membinan aplikasi mudah alih yang menyediakan akses segera tugas pengauditan dengan sokongan memuatnaik bukti audit secara langsung serta kemudahan untuk PKS memeriksa sijil halal tempatan dan asing (CHC) dan pengemaskinian sijil halal perniagaan mereka.

3. Sejarah permulaan di dalam pembuatkan produk/bisnes?

CoreHalal adalah cadangan yang diperkenalkan oleh kumpulan Bayu Pixel melalui pertandingan MYHackathon Kota Kinabalu 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menerusi program ini, Bayu Pixel telah mencadangkan CoreHalal sebagai penyelesaian digital yang boleh menyelesaikan isu-isu penting dalam industri halal. CoreHalal mendapat sambutan baik daripada barisan juri dan telah memenangi MYHackathon Kota Kinabalu 2020 dalam kategori marathon.

4. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi dalam bisnes/produk yang dijalankan?

Industri halal telah lama bertapak di Malaysia di mana majoriti tugasan audit dan proses pensijilan halal masih dilakukan secara manual. Oleh kerana pendigitalan dalam industri halal adalah satu perkara yang baru, ia mungkin akan menjadi satu cabaran bagi pihak kami untuk memastikan penerimaan cepat oleh para pengguna dan membantu mereka untuk beralih dari cara tradisional mereka bekerja kepada cara digital yang jauh lebih efektif dan efisien. Walau dengan adanya cabaran ini, kami tetap yakin bahawa CoreHalal adalah sebuah sistem yang akan mendapat sambutan hebat selepas pelancarannya pada tahun 2021, jika dilihat kepada keperluan dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh industri halal pada masa sekarang.

5. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang? (Bisnes/Produk)

Tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.

6. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang bisnes/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Laman web: www.corehalal.com

Instagram, Facebook, Twitter: CoreHalal

7. Info tambahan?

CoreHalal bukan sahaja mampu mempercepatkan dan memudahkan aliran kerja dalam industri halal, malah ia juga menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan industri halal dalam KDNK negara serta berupaya mengurangkan kadar pengangguran terutamanya dalam kalangan graduan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *