Dari Raja Emcee Kepada Raja Batang…

 Dari Raja Emcee Kepada Raja Batang…

Bukan batang penyapu ataupun batang pen, tapi batang buruk! Muhd Saiful Maun ataupun dikenali sebagai Yang Serimah. Seorang pengacara ataupun Emcee yang menggunakan karekter Yang Serimah sekarang giat mengusahakan perniagaan menjual batang buruk jenamanya sendiri. Disangka batang buruk yang biasa tetapi terserlah rasanya LUAR BIASA! Disebabkan peluang untuk mengacarakan majlis kurang semasa PKP ini Saiful telah berjaya mencari cara lain untuk menjana pendapatan iaitu dengan menjual produk makanannya sendiri.

Dengan Tagline ‘SAMPAR BANA’ (dalam bahasa suku kaum bajau) yang bermaksud ‘GILA BETUL’ kami di creators.my telah menghubungi beliau untuk ditemubual, berikut adalah hasil temubual kami.

Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Mohd Saiful bin Maun, SM, Yang Serimah #samparbana, 32 tahun.

Berasal dari mana?

Kota belud, Sabah.

Sejak bila memulakan kerjaya?

Sejak di bangku sekolah 2007.

Pencapaian selama ini?

  • Top 5 most popular emcee sabah PME 2019
  • Most tranding video sempena PKP & masuk TV3 (yang serimah mencecah 1 juta penonton)
  • Diberikan gelaran Raja Emcee Sabah

Inspirasi dan idola

Pelawak2 terkenal tanah air seperti zizan rajak, Nabil, Awal & dll.. Aznil hj nawawi adalah idola saya selama ini..

Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi

Berdepan dengan pelbagai netizen yang menerima kita & ada juga yang tidak suka dengan kita

Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang.

Kuatkan semangat & teruskan cita-cita walaupun payah & sukar.. Pasti akan mencapainya nanti dengan azam yang kuat

Perancangan masa depan anda?

Membesarkan peniagaan yang sy ceburi sekarang utk menjadi lagi hebat di Malaysia

Apakah produk yang anda tengah usahakan sekarang? (Contohnya – Produk Makanan, Lagu, Make-up, Restoran dan sebagainya..)

Kuih batang buruk Yang Serimah

Sejarah anda memulakan produk.

Viral sejak PKP 1 bila ramai mengetahui produk ini di online

Di mana untuk mendengar/melihat/membeli/memesan produk anda?

Boleh hubungi di page

Itu dia creator pilihan kita untuk hari ini, kepada mereka yang berminat untuk belajar silap mata bolehlah menghubungi dia di nombor yang tertera dan jangan lupa juga untuk sokong aktiviti Saiful Maun ataupun Yang Serimah ini di laman social.

Selain dari berita tentang creators, kami juga akan berkongsi tips dan trik bagaimana untuk menjana pendapatan melalui sosial media dan pelbagai artikel menarik yang lain pada setiap hari.

🔥 Tunggu apa lagi? Jom berhubung dengan kami, layari pautan di bawah.

📺 Website – https://bit.ly/creatorsmyweb
💬 Sertai kumpulan whatsapp – https://bit.ly/creatorsmywa
🔗 Daftar menjadi ahli di – https://bit.ly/daftarcreatorsmy
🔗 Facebook – https://bit.ly/creatorsmyfb
🔗 Instagram – https://bit.ly/creatorsmyig
🔗 Twitter – https://bit.ly/creatorsmytw
🔗 Hubungi – https://bit.ly/hubungicreatorsmy

Related post