Dibuang Pekerjaan? Mungkin Anda Boleh Cuba Yang Ini! – Sabah Creative Economy and Innovation Hub

 Dibuang Pekerjaan? Mungkin Anda Boleh Cuba Yang Ini! – Sabah Creative Economy and Innovation Hub

Menceburi bidang kreatif sekarang bukanlah suatu benda yang asing lagi dikalangan komuniti kita. Apa tidaknya, sejak kebelakangan ini malang sekali bila terpampang di dada dada akhbar dan di kaca tv bila ramai yg dilaporkan hilang pekerjaan. Mungkin rakan, ahli keluarga dan anda sendiri yang terpalit di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini.

TAPI JANGAN RISAU JANGAN GUNDAH! Menjadi rahsia terbuka sudah sekarang yang kita boleh menjana pendapatan dengan menggunakan elemen elemen kreatif samaada menghasilkan dan mamasarkan produk fizikal ataupun virtual, jadi kenapa kita perlu tinggal?!

Samaada anda seorang usahawan yang mereka kostum, make up artis, menjual makanan, tukang jahit, pereka fashion, pengatur acara, penulis, penyanyi dan pelbagai lagi perkhidmatan perkhidmatan yang lain ataupun anda seorang yang gemar membuat konten di media sosial seperti streamer ataupun pereka filem. Kita semua berpeluang untuk menggunakan elemen kreatif supaya produk kita dapat dipasarkan dengan effektif menggunakan teknologi terkini samaada penggunaan software dan harware, ataupun menggunakan internet seperti media sosial Youtube, Facebook ataupun sosial media secara amnya untuk menjana pendapatan.

Bukan itu sahaja, peluang untuk kita menjana pendapatan dengan menghasilkan produk virtual seperti mereka konten Youtube, menjadi Facebook streamers juga terbuka luas untuk semua orang rebut! Apa tidaknya, Menjana 4 ke 5 angka pendapatan hanya dengan memuatnaik konten sekarang bukan rahsia lagi! Jadi kenapa tidak cuba?!

Tapi!! bermain di minda kita, macamana untuk bermula? di mana untuk belajar dan di manakah kita boleh mendapatkan sokongan dan dokongan khususnya di saat saat kita mula mula menceburi bidang kreatif ini?

Jawapannya, di Sabah Creative Economy and Innovation Hub! (SCEIH) Mereka ini adalah satu pertubuhan kerajaan negeri Sabah yang fokus untuk menggalakkan dan membantu usahawan yang mahu menggunakan elemen kreatif di dalam membangunkan perniagaan mereka.

Di SCEIH juga mereka ada menyediakan tempat dan module khusus untuk mereka yang berminat belajar bagaimana menjana pendapatan menggunakan elemen elemen kreatif. Dari mencipta, menjual dan memasarkan produk fizikal ataupun produk virtual! Semua ini akan dijalankan melalui aktiviti seperti bengkel, seminar dan sebagainya. Dan ini semua adalah untuk menggalakkan lagi kegiatan keusahawanan di Sabah!

Jadi! kalau anda mahu belajar cara menjana pendapatan menggunakan elemen kreatif di dalam perniagaan. Contohnya belajar skill menggunakan software dan hardware, ataupun anda mahu belajar cara menjana pendapatan dari Youtube dan Facebook! Di sinilah tempat paling sesuai untuk anda bermula! Pendek kata apa sahaja elemen kreatif yang boleh membantu kegiatan keusahawanan, semuanya ada di SCEIH!

Banyak benda yang ditawarkan Dan yang paling THE BEST! Ia ditawarkan secara PERCUMA! Iya, tiada keluar duit bosku!

Akan lebih banyak lagi update menarik tentang pertubuhan kerajaan negeri yang membantu usahawan ini. Sementara itu anda bolehlah ikuti mereka di pautan di bawah.

Facebook SCEIH (Klik)

Related post