DINJAMAL -MENJADIKAN HOBI SEBAGAI KARIER

 DINJAMAL -MENJADIKAN HOBI SEBAGAI KARIER

Dinjamal merupakan seorang pelukis  dari Beaufort, Sabah yang sangat berbakat. Dia memulakan karier dalam bidang seni lukis sejak dari tahun 2016. Dinjamal menyediakan perkhidmatan Melukis ‘Mural Art Painting’ atau lebih di kenali sebagai commision, collaboration & custom design artwork. Dia berkata “Untuk lebih spesifik, saya membuat “artwork” dia atas permukaan tertentu seperti kertas, board kayu, dinding konkrit, atau plat besi melalui konsep “brush painting, chalklettering, calligraphy, typography, mural painting, doodle & lain2 mengikut permintaan.”

Selain itu, Dinjamal juga menyediakan perkhidmatan membuat custom design untuk ‘special occasion (wedding, engagement, birthday, anniversary & other)’ dalam bentuk welcome board di atas permukaan kayu (playwood /blackboard) atau lain lain dan juga untuk custom hiasan dalaman seperti rumah, bilik, kedai, studio, taska, spa dan sebagainya. Jika kamu berminat dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dinjamal, kamu boleh berhubung dengannya di laman sosial Facebook dan Instagram peribadinya.

Mari kita kenal lebih dalam dengan Dinjamal melalui temubual(online) kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Jamaludin Bin Harun bakar

Dinjamal

30 tahun

2. Berasal dari mana?

Beaufort, Sabah

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

2016

Bidang seni lukisan

-Mural painting

-Modern Calligraphy art (Typography)

-Sketches

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Berjaya jadikan hobi sebagai karier.

5. Inspirasi dan idola?

Sesiapa sahaja yang sangat passionate dengan bidang seni lukisan.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Tidak di nafikan pandemik covid-19 adalah cabaran terbesar dan sangat memberi impak yang kurang baik.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Jangan takut untuk gagal, tetapi takut lah untuk tidak mencuba.

8. Perancangan masa depan anda?

Menjadi perintis kepada bakat bakat pelukis terutama ‘sabahan artists’ untuk terus berkembang dan menyempurnakan sebaik mungkin bakat dan minat yang ada, sekaligus menjana pendapatan samada sampingan atau pendapatan penuh daripada kebolehan tersebut.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

Tidak ada sebarang produk spesifik, hanya fokus untuk membina nama dalam masa terdekat.

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Facebook – Dinjamal

Instagram – Dinjamal17

Related post