Edit video Menggunakan Telefon Bimbit! – Dee Won

 Edit video Menggunakan Telefon Bimbit! – Dee Won

Telefon bimbit (Henfon) . Secara asasnya telefon dicipta bagi memudahkan manusia untuk saling berhubung antara satu sama lain tidak kira anda berada di mana. Selaras dengan peredaran masa, teknologi telah banyak mengubah cara kita berkomunikasi dan cara henfon berfungsi. Sebagai contoh, ada banyak aplikasi2 baru yg diperkenalkan di henfon yg membolehkn kita melakukan banyak benda seperti social media, pembayaran bill secara online, membuat bisnes, menonton siaran tv/movie, pengurusan bank dan macam2 lagi termasuk applikasi2 mengedit video!

Mungkin ramai diluar sana yang ingin belajar untuk membuat konten video online untuk social media mereka. Tapi tau la, tidak ramai yg berkemampuan untuk membeli camera ataupun computer/laptop terutama mereka yg belum bekerja ataupn ada keperluan duit yg lebih penting. Jangan risau! Anda masih mampu meneruskan minat anda untuk membuat konten walaupun tanpa camera dan komputer/laptop!

Hi goers.. Eh! Goers pula, tersasul gara2 telampau tengok kupi kupi go la ni.

Hi semua!
Sy Dee Won (Magician/Youtuber)! Sy memulakan youtube channel sy hanya dengan menggunakan henfon, dari record video, editing sampai lah upload ke Youtube. Hanya menggunakan 1 telefon bimbit!. Sekarang sy menggunakan camera (sony a6000) tapi masih lg mengedit dan mengupload video ke youtube melalui henfon.

Hari ini saya akan kongsikan applikasi2 mengedit video dan cara saya mengedit video di telefon bimbit!

Applikasi yg biasa sy gunakan dan juga akan bahaskn dalam artikel kali ini ialah:

KINE MASTER – Video Editor, Video Maker.
Boleh dapatkan di sini :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nexstreaming.app.kinemasterfree

Applikasi ini cukup untuk basic editing seperti,

1.Memotong dan menyambungkn video
2.memasukkan background music
3.meletak kan layer seperti tulisan, gambar dan efek video.

Applikasi ini jg turut memuatkan Beberapa feature proffesional seperti

1.mengubah kelajuan video (slowmo/time-lapse)
2.reverse video
3.Mengubah ratio / size skala video
4.key framing
5.tools untuk mengubah exposure, contrast, saturation etc.
6.video filter/color grading

Dan macam2 lagi..

Okay jom start edit! Sy ajar yg paling basic tapi mujarab.. Haaaa… Supaya mudah jg untuk difahami.

1.Perkara pertama yg saya akan buat ialah merekod video menggunakan camera henfon. Rekod benda yg sy ingin sampaikan atau kongsikan dengan penonton.

2. masuk ke aplikasi kine master dan load video yg telah dirakam tadi.

3. Kemudian sy akan melakukan “Rough Cut”, dimana sy akan memotong dan membuang part2 yg sy rasa kurang “siuk” dari video yg telah sy rakam td dan menyambungkn point2 yg “siuk” di dalam video tersebut..

i. Klik pada video d timeline.

ii. Pilih bahagian yg sesuai untuk dipotong


iii. Pilih klip yg hendak dipadam

4.kemudian pilih dan masuk kan background music.

*pilih lagu dari list*


Anda akan melihat bar berwarna biru d time line anda. Klik pada bar biru tu kmu juga boleh potong dan sambungkn, kurangkan volume, naik kan volume music tu sama macam kmu buat d video.

*tips
Pastikan adjust volume background music kamu supaya suara kamu becakap d video tidak ditutupi ataupn supaya suara kamu d video lebih jelas. Background music tu asal ada sj dngar bunyi2 dia siiiiikiiiit ble la sda tu.

5. Yg paling last skali ni… Export video kamu..

Lepastu kamu akan nampak screen mcmni..
Pilih resolusi video kamurang, pilih framerate.. Biasanya 30,25 atau 24 fps..

Lepastu klik export!

Tunggu sampai siap rendering.. Dannnn booom! Siap la sudah.. Tinggal upload d youtube atau fb atau mana2 la kmu mau..,. 

😁

Senang kan. Bah sy rasa sampai di sini saja lah perkongsian saya pada kali ini di creators.my ini.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan membantu ramai para pembaca dan creators d luar sana.

Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada ada semua yg telah menyokong creators2 tempatan khususnya d sabah dan menyokong kami di creators.my 

Related post