Emcee Jason – Dibuang Sekolah, Dibuang U bukan penghalang

 Emcee Jason – Dibuang Sekolah, Dibuang U bukan penghalang

Siapa cakap kalau dibuang sekolah ataupun dibuang universiti tidak boleh berjaya? Jason Jonathon Omar ataupun lebih dikenali sebagai Emcee Jason, 27 dari Kota Kinabalu sabah ini membuktikan yang tiada apa yang boleh menghalang seseorang dari mengejar impian.

Sejak tahun 2016 lagi, dia adalah seorang yang dikenali dengan kelincahannya mengacara pelbagai jenis acara tidak kira majlis kawin, majlis koperat dan pelbagai jenis majis samaada di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English. Banyak terlibat di dalam pengurusan acara dia dan juga kumpulannya ‘talent shop co’ giat merancakkan industri hiburan Sabah dengan mengumpulkan dan menggalakkan bakat bakat di sabah ini untuk bekarya.

Berikut adalah temubual kami dengan Jason Jonathan Omar ataupun Emcee Jason.

Apakah pencapaian anda selama bekarya?

Mengacarakan lebih daripada 500 majlis dan acara termasuk acara-acara dan majlis-majlis antarabangsa di seluruh Malaysia. Telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi korporat untuk mengendalikan ceramah dan latihan kepimpinan, usahawan, pemasaran, pengucapan awam dan pemakaian profesional. Telah melaksanakan rakaman suara, pengacaraan dan lakonan untuk pelbagai jenis iklan komersial di radio dan secara online.

Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi

Menghadapi ego, emosi, malas dan pemikiran negatif diri sendiri. Kejatuhan ekonomi ketika Covid-19. Kesilapan besar dalam beberapa acara di masa lampau (silap cakap). Dibuang dari universiti. Dibuang dari sekolah menengah.

Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang.

You are always better than someone and there is always someone better than you. Focus on doing the things with these 3 key elements in mind: Passion, talent, effort. Learn from other people’s mistakes not to avoid them, but to be prepared to rise up after falling just like how other people who made mistakes are able to get back up and keep fighting.

Apakah produk yang anda tengah usahakan sekarang?  

Perkhidmatan pengacaraan majlis, rakaman suara, lakonan dan pengacaraan rancangan hiburan serta iklan. Perkhidmatan latihan dan ceramah untuk pelbagai jenis topik. Jualan pakaian jenama sendiri. Mempunyai sebuah agensi pemasaran, pengurusan dan penganjuran acara, dan pengurusan artis.

Kalau ada yang berminat untuk mencari pengacara ataupun menguruskan acara di manakah anda boleh dihubungi?

Selain dari berita tentang creators, kami juga akan berkongsi tips dan trik bagaimana untuk menjana pendapatan melalui sosial media dan pelbagai artikel menarik yang lain pada setiap hari.

🔥 Tunggu apa lagi? Jom berhubung dengan kami, layari pautan di bawah.

📺 Website – https://bit.ly/creatorsmyweb
💬 Sertai kumpulan whatsapp – https://bit.ly/creatorsmywa
🔗 Daftar menjadi ahli di – https://bit.ly/daftarcreatorsmy
🔗 Facebook – https://bit.ly/creatorsmyfb
🔗 Instagram – https://bit.ly/creatorsmyig
🔗 Twitter – https://bit.ly/creatorsmytw
🔗 Hubungi – https://bit.ly/hubungicreatorsmy

Related post