EMY SHERLYN – Gadis Kota Marudu ini Tidak Kekok Depan Kamera!

 EMY SHERLYN – Gadis Kota Marudu ini Tidak Kekok Depan Kamera!

Dia menjahit, dia main musik (piano & kalimba), dia pandai make-up, dia pandai gunting rambut sendiri, pandai merakam, mengedit dan yang paling menarik dia pandai berceloteh menghiburkan pengikut pengikutnya di Youtube!

Dia adalah Emy Sherlyn! Wanita berumur 21 tahun hasil lepasan Sabah Animation Content Academy ini giat menggunakan social media untuk bekarya dengan memaparkan hasil filem berbentuk cinematic, selain dari itu dia juga akan bercerita dengan penonton tentang topik topik yang random dan menarik.

Dan menarik kalau kita ikuti beberapa konten konten yang dimuatnaik Emy ada juga bercerita tentang perniagaan Mary Kay dan juga Perniagaan Baju Prelove yang sedang diusahakannya. Kita boleh lihat, di samping bekarya ada juga unsur unsur elemen keusahawanan yang mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang lain! You Go Girl!

Emy Sherlyn adalah creator pilihan kami hari ini, ikuti temubual kami Bersama Emy di bawah.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Emy Sherlyn @ Emy, 21 tahun.

2. Berasal dari mana?

Kota Marudu, Sabah.

3. Sejak bila memulakan kerjaya?

June 2018.

4. Senaraikan 3 sehingga 5 Pencapaian selama ini?

Dapat sambung study perfileman di Sabah Animation Creative Content Academy (SAC3) level 2

3 Minggu selepas tamat belajar Level 2 di SAC3 saya diambil bekerja sebagai Editor di sebuah production di Kota Marudu.

5. Inspirasi dan idola.

Haegreendal (korea) Diary Misteri Sara (IND) Bestdressed , Imjennim (AS) Smoll.Rain (Sabah)

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi.

Rasa macam 24h tidak cukup 😆

Kerja 8am-5pm,balik rumah Urus bisnes baju Online , Kalau masih ada tenaga saya buat video (content) di Youtube.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang.

Buat content ni macam naik gunung, Sebelum naik perlu peralatan.

Dalam proses, banyak halangan kadang-kadang macam mau give up saja. Tapi ingat balik apa sebab ko start. Usaha sja dulu, jangan dlu tengok tu subscribers 😆 Believe in yourself.

8. Perancangan masa depan anda?

Saya mau fokus bisnes jual baju online dan mau buat tiny house di kampung

9. Apakah produk yang anda tengah usahakan sekarang?

Jual baju preloved

10. Sejarah anda memulakan produk di soalan no 9.

Minat jual baju, terutamanya preloved item sebab murah dan berkualiti 😆

11. Di mana untuk mendengar/melihat/membeli/memesan produk anda?

Instagram @estudio_thrift (Klik)

Ikuti perkembangan Emy di

Related post