ERVI.J – SABAHAN FAMOUS TIKTOK GURU

 ERVI.J – SABAHAN FAMOUS TIKTOK GURU

Ervi Jeysinta Entawin atau lebih dikenali sebagai Ervi.J merupakan seorang TikTok Guru yang dikenali ramai. Apa yang menarik tentang Ervi.J ialah content yang dibuat lebih kepada info, pembelajaran dan entertainment. Sementara menunggu panggilan guru, Ervi diberi peluang untuk mengongsikan pengetahuannya dalam bidang sains sosial di media sosial. Selain dalam media sosial TikTok, Ervi juga ada memuat naik video-videonya (sabah edition) di YouTube.

TikTok Guru : Ervi.J

Selain dari menjadi seorang TikTok Guru, Ervi juga mempunyai sebuah bisnes bersama dengan adiknya (Ivyani Jacklin Entawin Seng-Goh) iaitu unikornsister.co yang menjual pelbagai jenis anting-anting. Mereka berhasrat untuk memperkembangkan lagi bisnes mereka dengan mempelbagaikan jualan produk di unicorn.co. Kalau kamu berminat untuk membeli produk dari unikornsister.co , kamu boleh lihat produk-produk mereka di Instagram unikornsister.co.

TikTok Guru : Ervi.J

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Ervi.J melalui temubual(online) kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Ervi Jeysinta Entawin, Ervi.J, 27

2. Berasal dari mana?

Kota Kinabalu.

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

2020, tiktok creator.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Ambassador Avantang,  tiktok Guru, speaker in entrepreneurship webinar series : How to be a #TikTokGuru .

5. Inspirasi dan idola?

Ibu.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Menunggu temuduga sebagai guru selama lebih daripada dua tahun, tetapi dalam menunggu panggilan temuduga saya dapat diberi peluang untuk mengongsikan pengetahuan saya dalam bidang sains sosial dalam media sosial sehingga saya kena approach untuk menjadi tiktok guru.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Sentiasa ingat, apa yang kamu kongsi sekarang akan memberi kesan kepada diri kamu pada masa akan datang.

8. Perancangan masa depan anda?

Menjadi guru atau lecturer dan dalam masa yang sama saya mahu tetap meneruskan berkongsi mengenai ilmu dan pengetahuan saya dalam sains sosial terutamanya berkaitan dengan kebudayaan & sejarah Sabah melalui media sosial.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

unikornsister.co.

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

Saya dan adik saya minat earrings jadi kami memulakan bisnes earring. tetapi kami merancang untuk mempelbagaikan produk kami pada masa akan datang.

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Video (Ervi.J)- Tiktok, Youtube

Produk (Unikornsister.co)- IG

Related post