FANZI RUJI – PENDIDIK DAN PENGHIBUR

 FANZI RUJI – PENDIDIK DAN PENGHIBUR

Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang berasal dari Ranau yang bernama Fanzi Ruji? Fanzi suatu ketika dulu pernah menggegarkan pentas KDCA pada tahun 2016 dengan membawa lagu ‘Piombolutan Auh Kosiliu Piupusan’ dan keunikan suaranya memikat hati bukan sahaja juri tetapi para penonton ketika itu yang akhirnya dinobatkan sebagai Juara Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2016.

Di saat-saat sukar seperti ini, semestinya Fanzi juga memegang tanggungjawab besar sebagai seorang pendidik namun begitu Fanzi tetap mengambil masa untuk menghiburkan pengguna media sosial dengan melakukan live di laman facebook-nya. Semoga dengan nyanyian live dan video-video dari Fanzi dapat menghiburkan pengguna media sosial apatah lagi di musim pandemik covid-19 ini. Fanzi bukan sahaja sering melakukan live di facebook miliknya tetapi dia juga sering memuatnaik cover lagu-lagu di channel youtube-nya.

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Fanzi melalui temubual (online) kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Mohd Rifanzie Ruji, Fanzi Ruji, 32 tahun

2. Berasal dari mana?

Kampung Tagudon Lama, Ranau Sabah

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

Profession saya adalah guru. Saya sudah bekerja sebagai guru selama hampir 8 tahun sejak tahun 2013 sehingga kini. Karier nyanyian bermula sejak tahun 2009 sehingga kini.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Antara pencapaian yang saya banggakan ialah:

– Juara Sugandoi UPKO Peringkat Negeri Sabah 2010.

– Finalis Kategori Vokal Malaysian Championships of Performing Arts (MCOPA) 2010.

– Juara Sugandoi Persatuan Artis Sabah (PERTISA) 2011.

– Penerima anugerah Lirik Terbaik untuk lagu Dua Cinta Menjadi Satu dalam Pertandingan Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) RTM 2011.

– Juara Pertandingan Nyanyian Solo KAGUM Peringkat Kebangsaan 2012.

– Juara Sugandoi KDM Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2013.

– Penerima anugerah Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik untuk lagu Sepanjang Usia dalam Pertandingan Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) RTM 2015.

Juara Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2016.

– Tempat Ketiga Pertandingan Nyanyian MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2016.

– Tempat Kedua dan Penerima anugerah Vokal Terbaik dalam Pertandingan Carta Lagu Popular Kadazan 2017 anjuran RTM menerusi lagu Kiva Koupusan Nu.

– Penerima Gold Medal untuk Kategori Vokal Malaysian Championship of Performing Arts (MCOPA) 2018.

– Penerima anugerah Vokal Terbaik dalam Pertandingan Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) RTM 2018.

– Pemenang Juara Lagu Keseluruhan, Juara Lagu Kadazan, Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik dalam pertandingan Juara Lagu Huguan Siou Edisi Keempat (2019) menerusi lagu Kiva Koupusan Nu.

– Sekarang sedang bernaung di bawah label rakaman NOVA Music Malaysia.

5. Inspirasi dan idola?

Di Malaysia, saya sangat terinspirasi dengan kisah perjalanan Aina Abdul di dalam industri seni. Idola saya pula ialah Judika. Di peringkat antarabangsa, Barbra Streisand dan Celine Dion merupakan inspirasi dan juga idola saya.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Cabaran yang sering saya hadapi dalam hidup ialah untuk sentiasa berfikiran positif. Terlalu banyak perkara-perkara negatif sekarang yang membuatkan saya tertekan. Jadi agak sukar untuk saya terus berfikiran positif. Namun, syukur kepada Tuhan kerana saya dikelilingi keluarga dan rakan-rakan baik yang sentiasa mem-positif-kan semula mindset saya.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Bagi mereka yang ingin menceburi dunia perguruan, kuatkan minda dan perbanyakkan kemahiran. Bagi yang mereka yang ingin menceburi bidang nyanyian, teruskan memperhalusi bakat anda dan tingkatkan kreativiti.

8. Perancangan masa depan anda?

Setakat ini, saya ingin memantapkan lagi karier nyanyian saya. Saya rancang untuk mencipta lebih banyak lagu untuk saya dan mungkin penyanyi lain juga.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

Sekarang saya dalam proses merakam 2 buah lagu untuk diterbitkan dibawah label NOVA Music.

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

NOVA Music sangat menggalakkan saya untuk mencipta lagu sendiri. Jadi sepanjang PKP, saya mengambil kesempatan mencipta beberapa buah lagu untuk diperdengarkan kepada pihak label. Syukur, mereka menyukai salah satu lagu saya dan bersetuju untuk menerbitkan lagu tersebut di samping satu lagi lagu baru daripada pihak mereka.

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Saya sentiasa mengemaskini perkembangan terkini saya di Facebook dan Instagram. Anda boleh like Facebook page saya – Fanzi Ruji dan follow saya di Instagram – fanziruji. Bagi yang ingin mendengar dan menonton video cover saya, anda boleh subscribe YouTube channel saya – Fanzi Ruji.

Related post

1 Comment

  • Outstanding story 1 in a million.. great journeys and beautiful memories to remember.. ❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *