HALWAA VILLAGE DIM SUM RESTAURANT

 HALWAA VILLAGE DIM SUM RESTAURANT

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan yang dihidang bersama teh cina ataupun lebih dikenali sebagai ‘Chinese Tea’. Di negeri Sabah sangat susah untuk mencari restoran dimsum yang halal namun ada sebuah restoran yang menghidangkan dimsum halal iaitu Halwaa Village Dim Sum Restaurant. Restoran ini berlokasi di 88 Marketplace, Kepayan. Oleh itu, bagi sesiapa yang teringin makan Dim Sum yang halal bolehlah ke restoran mereka. Selain dari Dine In, Take Away dan Delivery, mereka juga ada menjual Frozen Dim Sum dan Pau bagi sesiapa yang ingin mencuba Dim Sum dari restoran Halwaa Dim Sum.

Apa yang menarik tentang restoran ini adalah ruangan dalam restoran mereka sangat bersih dan teratur. Mereka juga memberikan layanan yang sangat baik kepada pengunjung restoran mereka. Di samping, harga makanan dan minuman di restoran Halwaa sangat murah dan berpatutan dengan servis dari mereka.

Kita boleh mengetahui secara lanjut tentang restoran ini melalui temubual kami bersamanya.

Halwaa Dim Sum Restoran
Halwaa Dim Sum
Halwaa Dim Sum – Pau
Beberapa makanan dari Halwaa Dim Sum Restoran

1.Nama produk/bisnes nama komersial dan berapa tahun sudah?

Halwaa Dim Sum Restaurant dimiliki oleh Halwaa Village sdn bhd yang berlokasi di Lot 2 Ground Floor Block J Pusat komersial 88/1 marketplace kepayan dan start beroperasi bisnes pada 31 Disember 2020 dan restaurant kami menjual pelbagai jenis PAU dan Dim Sum Halal. Kami mendapat produk PAU dan Dim Sum Halal dari francis supplier manufacturers dari Ipoh Perak mempunyai pengalaman membuat PAU dan Dim Sum lebih dari 40 tahun sebelum kilang manufacturers bebuka pada tahun 2014.

2. Nama ahli dalam bisnes/produk? (Nama Asal Umur)

-Rayyan Sho Abdullah@ Sho Chee Hiong berasal Kota Kinabalu berumur 37 (Chinese Muslim)

3.Perincian tentang produk/bisnes?

Diasaskan oleh suami dan isteri (nang & ceylyn) dibentuk dengan visi memperkenalkan kegembiraan dan budaya dimsum ke setiap kota di Malaysia.Dilahirkan dalam perniagaan roti dengan pengetahuan teknikal dalam membuat dim sum yg asli dan enak. PAU dan Dim Sum francis pengeluaran kilang kami mematuhi dan mempunyai Sijil-sijil ISO22000, HACCP, HALAL dan GMP. Produk inovasi makanan dengan bahan semulajadi dan kami memastikan bahawa produk makanan kami dijamin berkualiti tinggi, selamat dan rasa yang sedap.Produk makanan Pau dan Dim Sum Halal ini pernah masuk Oriental Daily Newspaper pada tahun 2019 dan digemari oleh keluarga diraja Perak.Halwaa dim sum restaurant berbangga mendapat francais produk PAU dan Dim Sum Halal yang berkualiti tinggi dan sedap ini untuk boleh membawa kepada  semua bangsa bangsa  di seluruh sabah.

4. Sejarah permulaan di dlm pembuatkan produk/bisnes

Kami dapat idea untuk buka restaurant dim sum halal ini dari business partner kami (Borneo dim sum). Setelah memcuba makanan tersebut kami pun rasa makanan dim sum halal ini mempunyai kualiti yg tinggi dan sedap. Kami start buat planing dan mengkaji pasaran pada awal bulan February tahun 2020 sebelum PKP pertama serta membuat persiapan sehingga September 2020 kedai kami start buat renovation.

5. Cabaran yang pernah ataupun sedang dihadapi dlm bisnes/produk yang dijalankan

Kami tiada sebarang pengalaman membuka dan mengurus sebuah restaurant. Semua hal mengenai restaurant kena belajar dari permulaan contohnya bahagian dapur cara  masak cara atur makanan dan lain2.

Tambahan lagi sekarang pandemik covid 19 semakin teruk byk aktiviti business plan yg sudah diatur terpaksa ditangguh dulu.

6. Pesanan untuk mrk yg sdg ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang

Setiap business akan menghadapi halangan dan cabaran.

Yang penting jangan mudah putus asa. Belajar dari kegagalan sebagai pengajaran serta pengalaman akan membina kekuatan anda di masa depan.

7. Perancangan masa depan

Perancangan kami ialah dapat membuka cawangan cawangan ke setiap daerah di seluruh sabah.

8.Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang bisnes/produk?

-Page FB Halwaa Dim Sum Restaurant

-atau mengunjungi Restaurant kami di 88 marketplace Kepayan dengan search nama Halwaa Dim Sum Restaurant di Google location map

-ataupun buat panggilan atau whatapps  ke restaurant kami 01139213800

Related post