Ingatkan Ilmu Hitam, Rupanya Silap Mata! – Dee Won dari minat menjadi kerjaya

 Ingatkan Ilmu Hitam, Rupanya Silap Mata! – Dee Won dari minat menjadi kerjaya

Jangan salah anggap! Alfond bin Rulin ataupun dikenali sebagai Dee Won, 28 yang berasal dari Kg Tinagol, Kudat Sabah ini bukan mengamalkan ilmu hitam ataupun ilmu sihir, bukan seorang bomoh ataupun dukun! tetapi dia berjaya memegunkan orang ramai dengan persembahan silap mata sehingga dia diberikan gelaran Borneo Wizard. Dee won berjaya menjadikan hobi silap mata sebagai kerjaya. Sering dipanggil untuk membuat persembahan untuk menghiburkan para hadirin tidak kira acara, acara kahwin, acara koperat dan sebagainya.

Kami di creators.my telah menjemput beliau sebagai creator pilihan untuk hari ini, berikut adalah hasil temubual dengan Borneo Wizard.

Sejak bila memulakan kerjaya?

“Mula belajar magic dari umur 16 (2008), tapi kerjaya sebagai Performing Artist bermula pada tahun 2012, selepas sy menyertai uji bakat raja lawak, naik atas stage perform magic. Memang off topic tp sy melihat itu sebagai 1 platform untuk sy tunjuk kn passion sy dengan orang ramai. Dan start dari situ la ramai yg mula mencari sy untuk melakukan Magic Show d event2 mereka. Jgn tunggu peluang dtg, cipta peluang sendiri.. “

Apakah pencapaian anda selama bekarya?

  • Performer for Charming Christmas Royale 1Borneo (Featuring Sungha jung) – (2012)
  • International Magic Convention Subang parade & Genting Highlands (2014)
  • Ikon Remaja Harian Metro (2015)
  • Performing for several Broadcasting Companies
  • Performing for Big Brands like Saza Group

Inspirasi dan idola

  • David Copperfields,
  • David Blaine
  • Cyril Takayama

Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi

“Ada banyak cabaran sebenarnya, okay, lets start dari sy drop out kolej untuk pursue Dream Job sy iaitu jadi Professional Magician, of course ada halangan dari keluarga suruh sambung study instead of teruskan dgn magic.. Masa sy start dulu sy bermula dari 0. So sy start dgn pegi audition untuk kerja d 1 kedai magic d 1 borneo “Magic Club” nama kedai tu..

Sekarang tutup sudah.. So sy lepas audition tu dan diterima bekerja, dari situ banyak benda yg sy belajar pelan2 termasuk cara untuk run business dlm magic industries.. Lepastu terfikir sudah mau buat show d event2.. Tapi, sbb Orang x kenal saya siapa, xda yg hire sy. 3 tahun sy bagi orang business card lepas tujuk demo magic d kedai tmpt sy bekerja. Tiada 1 pn yg call balik.. So rasa mcm mau give up jg.. Mungkin bukan rezeki..

Lepastu sy dngr2 ada ujibakat RAJA LAWAK di 1 borneo, sy isi borang then perform magic atas Stage. Mmg off topic la.. Smpai judge ckp sy salah ujibakat.. Tp sy melihat itu sebagai platform untuk sy tunjukkn kemampuan dan bakat sy dalam dunia seni.. Lepas dari hari tu ramai yg contact untuk perform maguc di event2 mereka termasuk beberapa company2 yg besar dan bermula lah career saya..”

Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang.

“Bagi semua magician2 di luar sana, kalau mau start career kamu, jgn rushing.. Boleh start dari perform event2 keluarga dulu.. Wedding family, birthday family.. Buat free2 sj dulu..Ambil video upload d social media..

Establish dulu background ko sebagai seorang performing artist sambil2 membiasakan diri untuk perform d khalayak ramai.. Letak contact dlm fb supaya kalau ada yg berminat boleh contact kmu.. Awal2 jgn dulu demand sgt harga, buat sj dulu untuk build up profile kamu.. Blakang hari akan menyenangkan perjalanan career kamu tu.. 😁”

Perancangan masa depan anda?

“Meneruskan perjalan ke arah impian sy, untuk perform magic world wide, peringkat antarabangsa dan menjadikan youtube sebagai salah 1 career utama sy.. “

Apakah produk yang anda tengah usahakan sekarang?  

Sy sedang bergiat dengan magic show business untuk event2, menjual peralatan magic bagi yg berminat untuk belajar dan bergiat dengan YouTube, bolehlah hubungi saya.

Di mana untuk mendengar/melihat/membeli/memesan produk anda?

  • “Untuk magic show boleh contact sy di number – 0138850924 atau follow social media sy ;
  • Facebook – Dee Won (Klik)
  • Instagram – Dee Won (Klik)

“Untuk membeli barangan magic boleh ke MAGIC INFINITY, imago shopping mall, lower ground, Lot PC-18

“Untuk menyokong YouTube saya boleh subscribe ke YouTube channel syDEE WON’”

Itu dia creator pilihan kita untuk hari ini, kepada mereka yang berminat untuk belajar silap mata bolehlah menghubungi dia di nombor yang tertera dan jangan lupa juga untuk sokong aktiviti Dee Won ataupun Borneo Wizard kita ini di laman social.

Selain dari berita tentang creators, kami juga akan berkongsi tips dan trik bagaimana untuk menjana pendapatan melalui sosial media dan pelbagai artikel menarik yang lain pada setiap hari.

🔥 Tunggu apa lagi? Jom berhubung dengan kami, layari pautan di bawah.

📺 Website – https://bit.ly/creatorsmyweb
💬 Sertai kumpulan whatsapp – https://bit.ly/creatorsmywa
🔗 Daftar menjadi ahli di – https://bit.ly/daftarcreatorsmy
🔗 Facebook – https://bit.ly/creatorsmyfb
🔗 Instagram – https://bit.ly/creatorsmyig
🔗 Twitter – https://bit.ly/creatorsmytw
🔗 Hubungi – https://bit.ly/hubungicreatorsmy

Related post