JAD NAEMAN – PEMILIK HOME STUDIO YANG BERBAKAT

 JAD NAEMAN – PEMILIK HOME STUDIO YANG BERBAKAT

Jad Naeman merupakan seorang pemilik home studio yang sangat berbakat dalam bidang muzik. Walaupun karier sebenar Jad ialah navigator(seafarer), namun Jad berkeinginan untuk mempunyai studio rakaman yang ternama suatu hari nanti. Apa yang menarik tentang Home Studio ini ialah mereka sering membuat cover lagu dan berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi tempatan. Seperti artikel sebelum ini, memang tidak dinafikan bahawa orang-orang sabah sangat berbakat dalam bidang muzik. Mari kita sama-sama menyokong bakat baru ini dengan Like, Follow, Subscribe dan Share video cover lagu dari media sosial Home Studio.

Kejayaan Jad harus dicontohi oleh orang ramai kerana walaupun Jad mempunyai kerja hakiki namun Jad tetap tidak berputus asa dalam bidang yang diceburinya semenjak umur 16 tahun iaitu bidang muzik. Kehebatan Jad dalam bermain alat muzik gitar akoustik boleh dilihat dalam page FB Home Studio dan juga dalam Youtube.

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Jad melalui temubual(online) kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Jad Naeman, Home Studio, 26

2. Berasal dari mana?

Ranau, Sabah

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

Telah lama menceburi bidang musik, semenjak berumur 16 tahun. Akan tetapi Home Studio baru ditubuhkan pada Oct 2020. Home Studio ialah sebuah studio kecil dimana kami cuba untuk berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi tempatan yang mempunyai high potential voice. Saya memulakan step ini dengan bertanyakan kepada keluarga dan rakan-rakan jikalau mereka mempunyai cadangan penyanyi. Home Studio tidak meletakkan apa-apa syarat kepada penyanyi, as long as they are komited to the collaborations.

Career sebenar ialah navigator (seafarer), bersama dengan company Singapura semenjak tahun 2013, dan sekarang bekerja dengan pangkat Third Officer. Walaupun sering bekerja di luar negara, Home Studio sentiasa menjadi impian saya sebagai pemusik.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Belum mempunyai apa-apa pencapaian rasmi.

5. Inspirasi dan idola?

Idola

Steve Vai dengan musik bertajuk Tender Surrender dan Marcin Patrzalek dengan musik berjudul – Moonlight Sonata

Inspirasi

Dan saya sebenarnya terinspirasi sendiri dengan bakat-bakat yang saya lihat melalui media sosial. Home Studio akan cuba membantu sebanyak mungkin.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Home Studio masih kekurangan equipment. Akan tetapi kami cuma untuk mempertingkatkan kualiti rakaman dan equipment.

Cabaran yang kami hadapi sekarang ialah, COVID19 dimana ia benar-benar menghalang kolaborasi dengan penyanyi.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Music is never a choice but chosen.

8. Perancangan masa depan anda?

Untuk memiliki sebuah studio rakaman yang ternama.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

Belum mempunyai produk sendiri.

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

NIL

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Facebook: Home Studio  https://web.facebook.com/ownhomestudio

Youtube: Jad Naeman

Instagram: Jad Naeman

Related post