JENN MUAH – BERMULA DARI JURU SOLEK

 JENN MUAH – BERMULA DARI JURU SOLEK

Jenn merupakan seorang juru solek yang berasal dari Tambunan, Sabah. Jenn mula bergiat aktif dalam bidang kecantikan bermula dari tahun 2014 dengan menjadi juru solek seterusnya mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri dan akhirnya mempunyai studio bridal sendiri di Tambunan. Ditanya tentang perancangan masa depan, selepas ini Jenn akan mengeluarkan produk rambut pula. Mari kita sama-sama menyokong usaha Jenn yang berusaha mengeluarkan produk tempatan sabah dengan membeli dan mencuba produk yang dikeluarkan oleh Jenn.

Serum Pisang, Scrub Pisang dan Lip balm. (Jenn Kosmetik)
Antara pakej bridal dari Jenn Muah Studio.

Kejayaan Jenn yang bermula dari bawah sehinggalah kini memiliki produk dan studio bridal sendiri haruslah dicontohi kepada orang muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang kecantikan, bisnes dan yang ingin menjadi usahawan seperti Jenn. Kita boleh melihat hasil solekan dari Jenn di laman page facebook iaitu ‘JennMuah Studio’.

https://web.facebook.com/JennmuahStudio/?ref=page_internal

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Jenn melalui temubual(online) kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Jenneffer Michael,Jenn,28

2. Berasal dari mana?

Kg.Makatip Tambunan

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

2014,Jurumekap

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

1. Best makeup international

2. Memiliki produk jenama sendiri

3.Memiliki kedai bridal sendiri

5. Inspirasi dan idola?

Datuk Siti Nurhaliza

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Sangat banyak cabaran yang saya hadapi terutama dari sokongan,pandangan orang

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Pesanan saya, harus rajin berusaha dan jangan sesekali mudah mengalah.Gagal bukan bererti kalah atau jatuh..

8. Perancangan masa depan anda?

Mengeluarkan lebih banyak produk tempatan dan meluaskan perniagaan dalam bidang bridal

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

Produk rambut

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

Bermula daripada mengurus rambut client2 saya dan dari sana saya mendapat idea untuk mengeluarkan produk ini.

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Setakat ini melalui sosial media,youtube,stokis dan agent2 saya.

Related post