MARC ABAS – FILEM AVAKAS DIBAWA KE PENTAS ANTARABANGSA

 MARC ABAS – FILEM AVAKAS DIBAWA KE PENTAS ANTARABANGSA

Siapa sangka Pengarah Filem yang berasal dari negeri di bawah bayu ini telah mengukir nama ke peringkat antarabangsa apabila karya filem arahan beliau iaitu ‘Avakas’ telah tersenarai dalam New Indie Film Festival London 2020, London Rocks Film Festival 2020, San Francisco Film Festival 2020 dan Film infest Mallorca 2020 (Official Selection).

Pencapaian beliau yang sangat mengagumkan ini telah memberi inspirasi kepada pembikin filem, anak-anak muda dan ramai orang. Beliau juga pernah berkongsi cerita di laman muka bukunya (Facebook), dimana pada mulanya dia berlakon hanya sebagai watak sampingan dan kadang-kala beliau tidak dibayar langsung tetapi dia dengan rendah hati berkata bahawa bukan wang ringgit yang dikejarnya tapi pengalaman dari filem yang dilakonkannya.

“Kini saya percaya, kuasa kesungguhan dalam pembikinan filem tidak mengenal batas maupun sempadan. Lautan Pasifik pun mampu kita seberangi, asal saja kita ada berbekalkan CINTA pada seni. Dalam hati saya sendiri, indapayalah menang, cukup bangga sudah tu, filem kita ini mampu menarik perhatian dan dihargai diperingkat antarabangsa. Saya cuma buka jalan, kamu yang muda teruskan nanti.” Ini kata beliau di Facebook miliknya apabila filem arahan beliau iaitu Avakas(Brave) tersenarai dalam Another Hole in the Head , San Francisco Film Festival 2020 ( Official Selection).

Credit to the photographer : Leslie Isaac Kok

Diharapkan kisah Marc Abas dijadikan teladan kepada orang ramai diluar sana yang baru berjinak-jinak dalam dunia perfileman dan lakonan. Mari kita kenal dengan lebih dalam lagi dengan Marc Abas menerusi temubual kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Marcellus Abas, Marc Abas, 55 tahun.

2. Berasal dari mana?

Putatan.

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

  • 2010 mula belakon.
  • 2013 mengarah, menulis skrip dan menerbit.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Telah belakon lebih dari 30 projek.

Mengarah :

  • Home of hope ( movie 2013)
  • Home of Hope 2 ( movie 2013)
  • Lintah Darat ( movie 2014)
  • Hero Kirai ( movie 2015)
  • The Photographer (movie)
  • Hood ( movie 2016)
  • Van Lihing ( movie 2017)
  • Avakas ( 2019)

Dan ada tujuh Shortfilm.

Salah satunya Shortfilm memenangi ” Best People Choice Award ” – Kota Kinabalu International Film Festival 2016 iaitu Avakas the Headhunter.

Terbaru filem cereka AVAKAS terpilih dalam :

  • New Indie Film Festival London 2020 ( Official Selection)
  • London Rocks Film Festival 2020 ( Honourable Mention)
  • Kota Kinabalu International Film Festival 2020 ( Official Selection)
  • Another Hole in the Head , San Francisco Film Festival 2020 ( Official Selection)
  • Film infest Mallorca 2020 (Official Selection)

5. Inspirasi dan idola?

Inspirasi : Tiada orang lain boleh buat , kita tidak boleh buat.

Idola : Clint Eastwood, Mel Gibson, Zhang Zimou, Robert Rodriguez.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Tiada cabaran, semua boleh diatasi. Tolak Covid19 sajalah.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Pesanan saya ialah : Kalau saya boleh jadi 50 sen, yang kamu pula cubalah jadi 1 ringgit nanti.

8. Perancangan masa depan anda?

Buat filem lagi Silence of the 177. Dan belakon untuk pengarah-pengarah kawan yang lain.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

SILENCE OF THE 177.

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

Ditubuhkan sejak 2013, ianya ditubuhkan disebabkan jika kita keluarkan DVD kita perlu ada production dan production baru layak untuk penapisan filem. Selain itu, mahu berdiri sendiri, berlakon sendiri, tulis skrip sendiri, mahu independent.

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Follow FB saya Marc Abas dan PAGE New Breed Production.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *