RCOCO PINANO – MEMPERJUANGKAN LAGU TEMPATAN SABAH MELALUI PIANO (COVER)

 RCOCO PINANO – MEMPERJUANGKAN LAGU TEMPATAN SABAH MELALUI PIANO (COVER)

Jejaka tampan yang bernama Aliano Dualis merupakan seorang YouTuber baru yang semakin menaik ini sering membuat cover piano di YouTube. Apa yang menarik tentang Aliano yang lebih dikenali dengan nama komersialnya iaitu Rcoco Pinano ialah dia sering membuat cover lagu-lagu tempatan di Sabah dengan menggunakan piano sahaja. Tidak ramai Youtuber yang aktif membuat cover(karaoke) lagu-lagu tempatan Sabah, hal ini juga sedikit sebanyak dapat membantu memperjuangkan bahasa ibunda serta lagu tempatan yang semakin pupus.

Aliano Dualis – Rcoco Pinano

Selain dari bermain Piano, Rcoco Pinano juga sangat berbakat bermain alat muzik yang lain seperti Violin, Gitar, Drum dan banyak lagi. Kita harus berbangga dengan pencapaian Rcoco Pinano yang berani membuat cover piano lagu-lagu tempatan di Sabah. Semoga dengan penghasilan cover piano dari Rcoco Pinano ini akan lebih ramai lagi yang akan giat menyanyikan karaoke lagu-lagu tempatan Sabah, bukan orang dari Sabah, Malaysia sahaja tetapi dari luar negara. Mari kita sama-sama memberi sokongan kepada Rcoco Pinano dengan memberi Like, Subscribe, Share cover piano di YouTubenya agar dia akan lebih membuat banyak lagi cover piano lagu-lagu tempatan Sabah.

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Rcoco Pinano melalui temubual (online) kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Aliano Dualis Rcoco Pinano 26

2. Berasal dari mana?

Kota Belud Sabah

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

Tahun 2020 sebagai youtuber Dalam memainkan lagu tempatan di sabah menggunakan instrumental piano sahaja.

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

Artis tempatan sabah seperti Fanji ruji, Suili George dan Popow telah menyanyikan salah satu instrumental yang saya mainkan.

5. Inspirasi dan idola?

Inspirasi saya mendapatkan dari diri saya sendiri kerana saya lama sudah meminati dalam bidang editing video dan main muzik. Oleh itu saya Cuba Untuk meneruskan keminatan saya dengan mengabungkan minat dan kemahiran saya dalam video youtube.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Terdapat dahulu saya kekurangan alat kelengkapan untuk memulakan Video. Tetapi saya tetap untuk cari jalan untuk menyelesaikannya.. Semua serba kekurangan dalam memuatkan video instrumental dalam Youtube. Tetapi saya tetap x putus asa…Saya terus mencuba selagi saya rasa boleh hinggalh hari ini.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Pesanan saya kepada mereka untuk memulakan perkara yang mereka suka adalah..Buat dulu..Salah atau betul kita akan belajar melalui kesilapan.

8. Perancangan masa depan anda?

Setakat ini saya akan teruskan buat instrumental untuk lagu tempatan sabah.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

Instrumental Ataupun lebih kepada karaoke Piano untuk lagu tempatan sabah

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

Saya amat meminati untuk mendengar lagu sabah. Lebih2 lagu lama. Oleh sebab kadang2 di kampung Selalu main gitar lagu lama sabah, itu membuatkan saya mendapat idea untuk membuat karaoke versi piano untuk lagu tempatan di sabah.

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Rcoco Pinano – https://www.youtube.com/channel/UCFhmvSB9Ffg7B5GTP9yt–w/featured

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *