Sabah Creators.my, Masa Untuk Kita Maju Kehadapan (Surat Terbuka) #1

 Sabah Creators.my, Masa Untuk Kita Maju Kehadapan (Surat Terbuka) #1

“Kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?”

‘Creators’, ataupun diterjemahkan sebagai ‘pereka’, pereka apa? Di dalam konteks ini pereka konten social media, tidak kisahlah di Youtube, Facebook Instagram ataupun Twitter.  

Sabah kaya dengan bakat, menghiburkan dalam apa cara sekalipun memang didalam darah masyarakat Sabah. Lihat sahaja Unduk Ngadau yang diadakan pada setiap tahun, satu acara gilang gemilang meraikan kecantikan sumandak-sumandak Sabah. Belum cerita pasal pertandingan pageant(ratu cantik) yang diadakan hampir setiap bulan sepanjang tahun dari pertandingan Mr Kaamatan, Miss Tourism, Miss Culture, Miss Grand sehinggalah pertandingan seperti Mr Cute pun ada dianjurkan.

nst.com.my

Pokoknya apa yang ingin disampaikan, Sabah ni penuh dengan bakat bakat yang lapar untuk mempamerkan bakat mereka kepada dunia! Mahu tunggu masuk TV? Peluang agak tipis untuk kebanyakan orang, jadi dengan itu ramai yang memilih untuk menonjolkan bakat yang mereka ada di media sosial, ini termasuklah di Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter hanya untuk mendapat secebis perhatian mengutarakan karya mereka.

Tumatik

Ternyata media sosial ini seakan memberikan peluang kepada bakat bakat di Sabah ini untuk bekarya, dari hari ke hari kita boleh lihat bakat bakat Sabahan semakin menonjol di mata awam, lihat sahaja Tumatik, pemuda dari ranau yang berhijrah ke Kota Kinabalu bermula menjadi pemandu Grab, sering memuatnaik video grab di sosial media, mendapat banyak pengikut sehinggakan dia diberikan gelaran Most Popular Social Media Influencer pada tahun 2018 oleh PMESHOWBIZ.

Elvin Romeo

Lihat sahaja Elvin Romeo, bermula dari youtube, dijemput pula menjadi watak utama di dalam Iklan Petronas yang mendapat lebih dari 10 juta tontonan dari seluruh dunia! Dan kini menjadi artis rakaman di bawah naungan Sony!  

Lihat sahaja kumpulan Geng Pisang (MrClyrie) yang menjadi antara kumpulan yang mendapat perhatian dari youtube sehingga mereka dijemput ke acara berprestij Youtube di Kuala Lumpur Bersama sama dengan pereka media sosial yang lain seperti Apy, Aidil dan lain lain.

Saiful Maun giat mengusahakan produk Batang Buruknya

Tengok sahaja Saiful Maun yang selama ini giat membangunkan jenamanya sehingga berjaya mengeluarkan produk makanannya sendiri. Yang ini boleh dijadikan inspirasi kepada semua creators di luar sana. Mungkin juga anda boleh menjual baju, cenderamata dan sebagainya selepas ini?

Ekram Mahat (Penulis)

Dan saya sendiri (Ekram Mahat), yang berjaya menggunakan social media untuk membina Kupi Kupi GO dan bekarya, Alhamdulillah diatas Izin Nya juga dengan bantuan penyokong Kupi Kupi GO yang mesra digelar sebagai GOERS, kami telah menempuhi banyak fasa dan banyak cabaran dalam membina Kupi Kupi GO, semuanya bermula dari Social Media.

Banyak lagi kisah creator yang boleh dijadikan inspirasi kepada mereka di luar sana yang berminat mahu menggunakan media sosial sebaiknya. Tidak kira untuk apa sekalipun, samaada untuk dijadikan kareer, sebagai platform menonjolkan bakat dan sebagainya.

Tapi malang…seribu kali malang, bila creator di Sabah ini masih tercari cari bagaimana cara untuk menggunakan media sosial dengan efficient, mencari jawapan di sana sini, alangkah bagusnya kalau ada platform yang diwujudkan untuk para creators berkumpul berkongsi pendapat, ilmu dan pengalaman? Itulah dilemma para creators di luar sana, di mana mahu mula? Apa yang perlu dibuat? Dan yang paling penting macamana mahu menjana pendapatan supaya creators boleh terus bekarya?

Itulah objektif utama creators.my. Di sini kita akan Bersama sama membangunkan community Sabahan Creators, di sini kita akan berkongsi, di sini anda boleh bertanya, di sini anda boleh berhubung dengan creators lain. Ahli community akan berkongsi sebanyak mungkin maklumat tentang macamana menggunakan media sosial untuk tujuan apa benda sekalipun.

Di sini mereka yang mempunyai pengalaman akan berkongsi tips & trick yang bermanfaat untuk semua ahli. Tidak terhad untuk creators Sabahan sahaja, creators dari seluruh Malaysia termasuklah dari Brunei dan Indonesia pun dialu alukan di sini.

Berbalik kepada ayat pemuka tadi “Kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?”, saya dan creators lain yang ada pengalaman sendiri faham kegelisahan setiap creators baru ataupun yang selama ini bertungkus lumus membangunkan sosial media mereka. Waktu saya mula suatu Ketika dahulu tiada siapa yang membantu, tiada siapa yang membimbing, jalan yang saya pilih seakan gelap dan semakin gelap saban hari, tiada siapa yang menyuluh, putus asa? Tidak terkira berapa kali.

Kami di creators.my tidak menjanjikan anda apa apa, kami hanya boleh membantu menyuluh jalan anda, jangan jalan di dalam kegelapan berseorangan tapi berjalanlah Bersama sama kami di creators.my.

Yang Benar,

Ekram Mahat

Selain dari berita tentang creators, kami juga akan berkongsi tips dan trik bagaimana untuk menjana pendapatan melalui sosial media dan pelbagai artikel menarik yang lain pada setiap hari.

🔥 Tunggu apa lagi? Jom berhubung dengan kami, layari pautan di bawah.

📺 Website – https://bit.ly/creatorsmyweb
💬 Sertai kumpulan whatsapp – https://bit.ly/creatorsmywa
🔗 Daftar menjadi ahli di – https://bit.ly/daftarcreatorsmy
🔗 Facebook – https://bit.ly/creatorsmyfb
🔗 Instagram – https://bit.ly/creatorsmyig
🔗 Twitter – https://bit.ly/creatorsmytw
🔗 Hubungi – https://bit.ly/hubungicreatorsmy

Related post