TASHA ROZARIO – BERDIKARI SERTA CEKAL DALAM MENGHARUNGI CABARAN HIDUP

 TASHA ROZARIO – BERDIKARI SERTA CEKAL DALAM MENGHARUNGI CABARAN HIDUP

Tasha Jerry Lajatung ataupun lebih dikenali sebagai Tasha Rozario berumur 21 tahun dan berasal dari Putatan, Sabah. Tasha bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang muzik terutamanya dalam bidang nyanyian tetapi Tasha mempunyai sebuah produksi yang bernama DRoyal Record Production yang memberikan perkhidmatan seperti Photography, Videography, Studio Rakaman dan Editor. Tasha mula bergiat aktif dalam bidang kecantikan pada tahun 2019 dan memiliki perniagaan iaitu Rozamua Beautée yang memberikan perkhidmatan seperti Eyelash Extension, Brow Lamination, Lash Lift & Tint, Makeup, Manicure dan Pedicure.

Pencapaian dan Kejayaan Tasha di usia yang sangat muda ini pasti memberikan inspirasi kepada orang muda di luar sana. Sikap Tasha yang pandai berdikari serta cekal dalam mengharungi segala cabaran terutamanya di musim Covid19 ini haruslah dicontohi kerana bukan semua orang dapat bertahan dalam industri Produksi dan juga dalam perniagaan kecantikan. Mari kita sama-sama melihat perkhidmatan yang boleh diberikan oleh Tasha di dalam sosial media Facebook, Instagram dan juga website Tasha. Jika kamu berminat dengan perkhidmatan produksi dan perkhidmatan kecantikan dari Tasha, kamu boleh berhubung dengannya.

Mari kita kenal lebih dalam lagi dengan Tasha melalui temubual (online) kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Nama penuh : Tasha Jerry Lajatung

Nama komersial : Tasha Rozario

Umur : 21

2. Berasal dari mana?

Putatan,Sabah

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

2018 (DRoyal Record Production)-photography,videography,studio rakaman,editor

2019 (Rozamua Beautée)- beauty center seperti eyelash extension,brow lamination,lash lift and tint,makeup,manicure,pedicure

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

-Juara nyanyian peringkat sekolah rendah

-Juara nyanyian peringkat sekolah menengah

-Juara Sugandoi peringkat daerah Putatan tahun 2018

-Pernah menyertai kursus Finas

-Pernah menyertai kursus makeup sebanyak 3 kali

-Pernah menyertai kursus eyelash extension

-Diundang untuk membuat performance nyanyian di SAC3,GALA Night,Hari Raya di komplex likas

-pernah berlakon dalam filem “Diaki nuh” & “Komando Pencen”

5. Inspirasi dan idola?

Inspirasi dan idola saya tidak specific, sesiapa sahaja yang berjaya dan maju, itula idola saya.

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Cabaran yang dihadapi, saya melakukan semua sendirian. Saya juga akui saya tidaklah sekuat mana pun,sehinggalah saya pernah rasa stress yang teramat kerana hidup dalam situasi yang tidak seberapa baik.lagi2 sekarang dalam keadaan berhati hati kerana pandemik Covid19 ini sangat memberi kesan terhadap hasil pencarian saya.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

saya faham perasaan orang yang sedang berusaha gigih mahupun yang berfikir untuk berputus asa.Pesanan saya,tingkatkan motivasi dan harapan kita.

8. Perancangan masa depan anda?

perancangan masa depan saya, saya ingin menjadi seorang yang berjaya.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

DRoyal Record Production – Sedang perbaiki marketing dan perbaiki skill editing dan mencari tempat khas broacast studio.

Rozamua Beautée – Dalam perancangan ingin menambah services seperti semi permanent makeup,barber,aesthetic beauty dan spa dan juga ingin mencari tempat khas beauty studio Rozamua Beautée.

Za’Lash Signature/ZLS – produk kosmetik dan masih dalam memperkembangkan dan memperbaiki dari segi kualiti produk,bungkusan,graphic dan marketing

Private your label/PYL – pembekal dan perkilangan produk khusus bina jenama sendiri dan bermotifkan untuk melahirkan founder berjaya.Namun, PYL masih dalam perancangan saya sebab business seperti ini bukanlah mudah untuk merealisasikan hanya dengan sekelip mata sahaja. Dengan itu, PYL sekarang masih dalam “researching” dan “survey”.

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

saya memulakan bisnes saya dengan droyal record production (nama asal droyal filem production) disertai oleh beberapa krew.DRoyal pernah dirtempah untuk cover beberapa event.Sepatutnya production ini khusus perfileman dan sampai satu masanya tu saya terfikir ingin mengumpul dana sendiri untuk production ini. Maka wujudlah Rozamua Beautée. oleh kerana kurang perhatian terhadap Droyal, komitmen kami pun berkurangan. walaubagaimana pun, kami masih lagi berbincang tentang perkembangan production ini.

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Facebook : Tasha Rozario Lajatung

Instagram : tshxyrozario

FB : DRoyal Record Production

IG : droyal.record.p.kk

FB : rozamua_official

IG : rozamua_beauty.official

FB : Za’Lash HQ

IG : zalash_signature.hq

web : https://tasharozariojerryl.wixsite.com/website-1rozamuabeau

Related post