TIARA KITCHEN – MENGELUARKAN PRODUK SENDIRI ‘ABEY STICK’

 TIARA KITCHEN – MENGELUARKAN PRODUK SENDIRI ‘ABEY STICK’

Tiara Kitchen merupakan restoran yang sebelum ini dikenali sebagai Tiara Tomyam & Seafood yang berlokasi di Alamesra Kota Kinabalu berdekatan dengan UMS, 1 Borneo dan Jakel Silk House. Pengurus restoaran Tiara Kitchen berkata bahawa restoran ini sudah lama beroperasi sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2009.

Restoran Tiara Kitchen

Apa yang menarik tentang Tiara Kitchen adalah Wan Mohamad Azrihaikal bin Wan Hassan(Pengurus) bersama Isterinya telah mencipta sebuah resepi diilhamkan hasil gabungan selera dari Semenanjung dan Sabah. Mereka menamakan resepi tersebut sebagai Nasi Abey dan harganya sangat murah dan berbaloi. Selain itu, restoran ini juga telah mengeluarkan makanan ringan iaitu Abey Stick yang didatangkan dengan dua perisa Original (kacang hijau) dan perisa Milky (susu).

Nasi Abey Ayam Crispy
Abey Stick
Nasi Goreng Tiara

Nasi Abey Ayam Berempah
Sup Tulang
Sup Ekor
Tomyam Seafood

Jika anda berminat untuk mencuba makanan dari Tiara Kitchen, anda boleh ke restoran mereka di Alamesra yang berdekatan dengan Jakel Silk House. Sebelum itu, mari kita kenal dengan Restoran Tiara Kitchen melalui temubual(online) kami Bersama pengurus mereka.

1. Nama produk/bisnes, nama komersial dan berapa tahun sudah?

Nama produk: Nasi Abey Ayam Berempah, Nasi Abey Ayam Crispy,Sup Tulang, Sup Ekor, Tomyam Seafood, Nasi Goreng Tiara dan masakkan panas (ala- ala Thailand) dan Abey Stick (makanan ringan)/ bisnes: makanan dan minuman/ nama komersial: Tiara Kitchen dan 10 tahun sudah beroperasi.

2. Nama ahli member dalam bisnes/produk. (Nama, Asal, Umur)

Wan Mohamad Azrihaikal bin Wan Hassan (29 tahun) dan Syairah binti Mat Rani (28 tahun)/ kedua-duanya berasal dari Kelantan dan pasangan suami isteri.

3. Perincian tentang produk/bisnes?

Perincian tentang produk adalah Nasi Abey yang hanya berharga RM7.00 didatangkan dengan satu set sekali nasi putih, kuah gulai kari darat dan kuah gulai kerutuk, sambal belacan dan sambal bilis, acar timun dan mempunyai dua pilihan ayam berempah atau ayam crispy serta percuma air subsidi iaitu Sirap Ais.

Selain itu Tiara Kitchen juga mengeluarkan makanan ringan iaitu Abey Stick yang didatangkan dengan dua perisa Original (kacang hijau) dan perisa Milky (susu). Harga di pasaran 1 balang RM12.00 dan harga combo 3 balang RM30.00

4. Sejarah permulaan di dalam pembuatkan produk/bisnes?

Sejarah permulaan Tiara Kitchen adalah dibuka pada 2009 dan nama asal Tiara Kitchen adalah Tiara Tomyam & Seafood yang beralamat di Alamesra Plaza Utama Kota Kinabalu. Pada asal nya menu fokus kepada makanan ala thai iaitu Tomyam selatan Thailand. Pada ketika itu, pesaingan antara kedai tomyam agak kurang dan kami sangat mendapat sambutan. Setelah masuk tahun 2018, pencapaian jualan agak merundum dan kami terpaksa menukar wajah baru dengan penjenamaan Tiara Kitchen yang menukar sedikit konsep menu yang sedia ada dan lebih fleksible kepada permintaan semasa ekoran dari permintaan pelanggan yang pelbagai. Setelah beberapa lama kemudian, terciptanya killer menu kami yang dinamakan Nasi Abey yang dicipta hasil idea En Haikal dan Puan Syairah. Menu ini diilhamkan hasil gabungan selera semenanjung dan sabah, harga amat berbaloi dan murah. Selain dari itu, menu makanan ringan yang kini baru sahaja masuk pasaran hasil idea dari perbincangan dari pihak krew-krew Tiara Kitchen, tercipta lah Abey Stick yang rangup apabila di makan tidak cukup sebalang.

5. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi dalam bisnes/produk yang dijalankan?

Antara cabarannya adalah perlu memainkan peranan yang bijak untuk memahami cara pengurusan dari semua aspek iaitu operasi, pemasaran, kewangan dan pentadbiran. Perkara yang paling penting perlu mengawal emosi, langkah dan tutur kata apabila berhadapan masalah, memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan secara terperinci.

6. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang? (Bisnes/Produk)

Pesanan kepada sesiapa yang sedang atau menceburi bidang bisnes adalah pertama jangan lupa kepada Maha Pemberi iaitu Allah SWT, selalu bersedekah, kentalkan hati dan selalu berfikiran positif untuk menghadapi beribu ujian dan dugaan yang mendatang, selalulah bergaul dan bertanya pada orang yang lebih berpengalaman dan konsisten serta fokus dalam melakukan sesuatu, letakkan target harian anda apa yang ingin di capai, bersungguh2 lah dalam menyelami prosesnya nescaya anda akan menikmati kemanisan dihujungnya.

7. Perancangan masa depan?

Perancangan masa depan Tiara Kitchen adalah ingin mengembangkan lagi bisnes dengan mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti, sedap dan berbaloi untuk dipasarkan ke seluruh negeri dan negara dan ingin membuka peluang kepada anak- anak muda untuk sertai bisnes bersama Tiara Kitchen.

8. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang bisnes/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Untuk mengetahui info lanjut Tiara Kitchen boleh melayari di sosial media iaitu

Facebook : Tiara Kitchen

Instagram : Tiara Kitchen Alamesra

9. Info tambahan?

Tiara Kitchen Alamesra beroperasi pada jam 11.00 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Related post