VANESSA SYLVESTER – DARI DUNIA PERAGAAN KE DUNIA LAKONAN

 VANESSA SYLVESTER – DARI DUNIA PERAGAAN KE DUNIA LAKONAN

Dari dunia peragaan kini dia bergiat aktif dalam bidang lakonan. Dia memulakan karier sebagai seorang pelakon sejak dari Februari 2019 dan telah memegang watak utama di dalam 4 telemovie dan 1 drama bersiri iaitu Berian Sampai Mati(Telemovie), Tangkong(Telemovie), Audrey(Telemovie), Bagaikan novel cinta(Drama), dan Cintara(Telemovie). Gadis manis ini bernama Vanessa Audrey Sylvester Gilbert kelahiran dari Kampung Apin-Apin, Keningau. Dia sering mengikuti pertandingan Unduk Ngadau dan sentiasa mendapat tempat di dalam pertandingan Unduk Ngadau. Dia bukan sahaja cantik menawan tetapi dia juga seorang yang sangat mesra dengan orang sekelilingnya. Selain itu, Vanessa juga sering mengongsikan masakan dan resepi di dalam story instagramnya, ini terbukti bahawa gadis manis ini bukan sahaja berbakat dalam peragaan dan lakonan tetapi dia juga serba boleh dalam bidang masakan. Bertuahnya yang dapat menakluki hati Vanessa yang bukan sahaja cantik menawan tetapi pandai memasak lagi !

Semoga Vanessa terus maju berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon bukan sahaja di Sabah, Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

Mari kita kenal dengan lebih dalam lagi dengan Vanessa Sylvester menerusi temubual kami bersamanya.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Vanessa Audrey Sylvester Gilbert, 24tahun

2. Berasal dari mana?

Kampung Apin-Apin, Keningau

3. Sejak bila memulakan karier? Dan karier apa?

February 2019, berlakon

4. Senaraikan Pencapaian selama ini?

  • Unduk Ngadau Keningau 2014
  • Unduk Ngadau Putatan 2018
  • 2nd runner up UN negeri 2018
  • Unduk Ngadau upko KK 2019
  • 1st runner up UN upko national 2019
  • 1st runner up UN upko national 2019
  • Heroine Telemovie BSM rtm (tvokey)
  • Heroine Telemovie Tangkong rtm (tvokey)
  • Heroine Telemovie Audrey rtm (tv1)
  • Heroine Drama 20episod Bagaikan Novel Cinta rtm (tvokey)
  • Heroine Telemovie Cintara rtm (tvokey)

5. Inspirasi dan idola?

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi?

Cabaran adalah dari diri sendiri, rasa malu dan takut tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik. Apa yang penting adalah percaya diri dan fokus dengan apapun yang dilakukan, cuba yang terbaik.

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang?

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, yakin dengan rezeki dan diri sendiri.

8. Perancangan masa depan anda?

Terus dalam bidang lakonan sekiranya ada rezeki.

9. Apakah produk/sesuatu yang anda tengah usahakan/buat sekarang?

10. Sejarah permulaan di soalan (9)?

11. Di mana untuk mengetahui secara lanjut tentang anda/produk? (Social Media, Web, Youtube etc.)

Lebih aktif di instagram berbanding facebook.

FB : Vanessa Audrey Sylvester

IG : Vanessa_sylvester

Related post

1 Comment

  • She is absolutely talented young actress, banyak kali sudah sama2 bekerjasama dalan seni lakon..Proud of her 💪🏻💪🏻💪🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *