View Memecut Macam Roket! Kurang Setahun 100K SUBSCRIBER! – Apy

 View Memecut Macam Roket! Kurang Setahun 100K SUBSCRIBER! – Apy

Isu semasa antara yang menjadi inspirasi kepada pemuda 28 tahun bernama Apy ini untuk menghasilkan filem filem pendek. Membanggakan bila beberapa filem pendek yang bertajuk ‘Hamba Allah’ yang dimuatnaik di Youtube telah berjaya memukau 3.8 juta orang penonton, itu belum cerita lagi filem filem pendek yang lain yang tidak kurang hebatnya.

Tapi Apy bukanlah seorang yang asing di dalam industry kreatif di Sabah. Apy Mula dikenali sejak tahun 2016 lagi bila pada waktu itu dia bersama sama dengan kumpulan ‘Team Brada’ menghasilkan filem filem pendek menyentuh isu tempatan Sabah, mengutarakan isu dari pandangan yang luar biasa, kepada mereka yang belum menonton video video Apy, bolehlah layari link di bawah.

Seorang yang mempunyai potensi untuk membawa industry perfileman Sabah di peringkat yang lebih tinggi lagi, menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Kami telah memilih Apy sebagai creator pilihan pada hari ini, ikuti temubual kami bersamanya di bawah.

1. Nama Penuh, nama komersial dan umur?

Mohd Sharizan bin Sabdin @ Apy, 28 tahun.

2. Berasal dari mana?

Tuaran sabah

3. Sejak bila memulakan kerjaya?

Start menceburi dalam bidang youtube dari 2016

4. Senaraikan 3 sehingga 5 Pencapaian selama ini?

1) Dapat cecah 100k subscriber

2) Pernah terpilih Google Malaysia untuk menghadiri ke office Google Malaysia

3) Bekerjasama dengan ERA untuk menghasilkan drama episode

5. Inspirasi dan idola

Syahmi sazli

Mula buat drama sejak tengok video Syahmi Sazli yang penuh dengan pengajaran

6. Cabaran yang pernah (ataupun) sedang dihadapi

Keluar daripada Teambradaa dan buat channel sendiri (Apy) dan alhamdulilah bawah setahun boleh cecah 100k alhamdulilah

7. Pesanan untuk mereka yang sedang ataupun akan menceburi bidang yang anda ceburi sekarang.

First, hati kena kental dan jangan cepat putus asa.. Sebab banyak org diluar sana yg awal2 jak semangat tapi lama2 give up dengan youtube!

8. Perancangan masa depan anda?

Doakan untuk saya dapat buka studio sendiri Insha Allah dan target 1M subscribers!

Ikuti perkembangan Apy dengan malayari sosial media dia bawah.

Related post